Troli

Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor

agama . debat . hamka . ilmiah . nusantara . pemikiran Islam . polemik . sejarah . ulama
Teguran Suci dan Jujur terhadap Mufti Johor merupakan sebahagian rakaman sejarah mengenai polemik agama yang berlaku di ranah Nusantara ini. Karya ini mengandungi kumpulan jawapan balas HAMKA terhadap pernyataan-pernyataan Mufti Negeri Johor iaitu Dato’ Sayyid Alwi Tahir al-Haddad yang tersiar dalam akhbar Semenanjung, bertarikh 26 Zulhijjah 1377 (14 Julai 1958). HAMKA dengan sikap budi pekerti dan rendah hatinya menangkis segala kenyataan Dato’ Sayyid Alwi dengan penuh bijaksana tanpa sedikit pun memperkecilkan peribadi mufti Johor tersebut. Naskhah ini memperlihatkan kepada kita bahawa HAMKA merupakan tokoh yang mementingkan permuafakatan dan persefahaman. Segala pandangan yang dilontarkan HAMKA bersifat menjernihkan dan memurnikan.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.