Troli

Pengembaraan Hamka di Malaysia

Budaya . hamka . malaysia . sejarah . travelog
"Negara yang dua, namun bangsa adalah satu. Di sini bernama bangsa Indonesia. Di sana bernama bangsa Melayu. Adat sama, istiadat sama. Pakaian sama, makanan pun sama. Bahasa yang dipakai pun satu." Keakraban Buya Hamka dengan Malaysia sangat jelas terlihat. Beliau seolah ingin memeluk ikatan kedua-dua bangsa serumpun ini dengan erat dan mesra. Begitu juga kedekatan budaya yang tumbuh dalam kehidupan beliau turut merekatkan jalinan sebagai dua saudara yang saling mengisi satu sama lain. Banyak sekali tulisan Buya Hamka berkenaan Malaysia yang jelas menunjukkan minat beliau terhadap pemikiran-pemikiran dan pengamatan terhadap rumah keduanya itu. Pengembaraan HAMKA di Malaysia merakamkan perjalanan, ceramah serta pengalaman peribadi Buya Hamka di Singapura, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang diambil daripada majalah Panji Masyarakat dalam rentang tahun 1960 hingga 1981. Malah terdapat juga satu laporan perjalanan Buya Hamka pada tahun 1955, dimuat dalam majalah Penuntun.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.