Kehidupan Margaretta yang miskin dan serba-serbi tidak cukup memaksa dirinya ke lembah hina. Demi mendapatkan sehelai pakaian dan sepotong roti, Margaretta terpaksa menjual kehormatannya. Sehingga dia bersumpah akan membenci seluruh kaum lelaki. Namun pertemuannya dengan seorang pemuda bernama Armand membuka hatinya. Lalu bermonologlah Margaretta bersendirian. "Dia takut akan jatuh cinta, tetapi dia tidak tahu bahawa 'takut akan jatuh cinta' itulah cinta!"
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.
Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.
Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.
Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.