Troli

Di Dalam Lembah Kehidupan

hamka . Inspirasi . kehidupan . Kesedihan . kisah . Refleksi
Membaca satu demi satu cerita pendek yang mengumpulkan kisah air mata, kesedihan, dan rintangan yang dideritai oleh segolongan manusia di muka bumi ini, membuat saya sedar begitu banyak hal yang masih perlu saya betulkan di hidup sendiri. Awalnya saya kurang mengerti mengapa setiap cerita berakhir dengan jeda kesedihan yang panjang. Perasaannya bagai digantung, tidak mungkin dilepaskan. Setelah membaca semula kata-kata HAMKA di bahagian hadapan, barulah saya mengerti. Semoga cerita serta hikayat pendek ini bisa dibaca oleh orang yang senang hidupnya. Semoga mereka sedar bahawa di sebalik kehidupan ini ada orang yang sulit kondisi dan keadaannya bahawa tidak sedikit makhluk yang kecewa dan melarat, yang sudah patah sayapnya sebelum terbang, terkulai dan jatuh sehingga tidak dapat bangkit lagi. Pada banyak waktu, kita dikejar kesibukan sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa ke lapangan dan menyaksikan sendiri betapa dunia berlaku terlalu kejam terhadap sebahagian insan.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.