Troli

Merentas Cahaya di Tiga Benua

dunia . hamka . Islam . peradaban . sejarah . travelog
" Saya melihat kebesaran ilmu di Barat, tetapi saya tidak melihat rohnya. Saya melihat roh itu di Timur, tapi ia tertidur dalam debu sejarah." Buya Hamka, seorang ulama dan sasterawan terkemuka telah mengukir sejarah dengan perjalanan epiknya merentasi tiga benua : Afrika Utara, Asia Barat dan Eropah. Dengan wawasan mendalam dan refleksi yang tajam, Buya Hamka mengajak pembaca menelusuri jejak-jejak peradaban Islam yang kaya dan pelbagai. Beliau mengajak kita untuk berjalan kembali - bukan dengan pesawat atau kereta, tetapi dengan jiwa yang resah mencari makna. Sebab dalam setiap langkahnya, Buya Hamka mengingatkan ; dunia ini luas, namun yang lebih luas adalah ilmu, iman dan harapan. Perjalanannya mengajarkan bahawa Islam bukan warisan untuk dikenang, tetapi energi yang harus dihidupkan. Islam bukan sekadar masa lalu yang indah, tetapi masa depan yang harus diperjuangkan. Bagi Buya Hamka, kemunduran umat hanyalah peringatan, bukan akhir cerita. Merentas Cahaya di Tiga Benua merupakan karya travelog monumental yang wajib dibaca seluruh peringkat umur untuk memahami sejarah, kebudayaan dan spiritualiti Islam.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.