Troli

Berbicara Tentang Perempuan

akhlak . hamka . Islam . kehidupan . Keluarga . motivasi . wanita
Perempuan itu sama seperti bunga. Mereka harus diperlakukan dengan lembut, baik dan penuh kasih sayang. Lembut, bentuklah jiwa mereka dengan acuan rohani. Baik, pimpinlah mereka merentang kebaikan dan mencantas kejahatan. Kasih sayang, hargai dan perakuilah kemuliaan mereka sebagai makhluk Tuhan yang unik. Bagaimanakah Islam mampu memanifestasikan hal-hal di atas? Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan nyata bukan sebuah naskhah biasa yang bercerita tentang perempuan dan peribadi mereka. Bermula dengan menyorot sejarah penciptaannya sehinggalah membawa kepada penghargaan mereka sebagai pembentuk generasi masyarakat yang bahagia dan mulia, nyata sumbangannya tidak dapat dibalas dengan nilai material. Begitulah Islam memartabatkan kedudukan wanita dan hal ini telah dirakamkan dengan indah dalam karangan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Semoga dengan membaca buku ini, wanita boleh menghargai dirinya sendiri dan para lelaki akan lebih meraikan penciptaanNya.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.