Troli

Seruan Lelaki Budiman

hamka . Inspirasi . kehidupan . kepimpinan . Lelaki
Tidak mengenali Hamka, bagaimana mahu membaca buku-buku tulisan beliau? Capailah satu buku Seruan Lelaki Budiman dahulu. Mengapa? Kerana isinya mengandungi perjalanan hidup Hamka itu bagaimana. Dari didikan awal yang beliau perolehi, cara hidup, pengaruh alam, pembela wanita dan ulama yang penuh romansa. Hasilnya, semua karya beliau dibaca orang hingga kini. Hebat kan? Buku setebal 147 halaman yang memuatkan 8 penulisan ini merupakan kompilasi penulisan daripada penulis tamu Jejak Tarbiah diinspirasikan daripada tokoh pembaharuan nusantara – Buya Hamka, dalam usaha mengangkat keperibadian LELAKI berbudi mendepani era yang memerlukan lelaki menjadi lebih kuat sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat. Antara penulis yang terlibat seperti: Tuan S.M Zakir, Muhammad Shah Mohd Nor, Surya Bunawan, Muhammad Hanapi Jamaludin, Budiman Mohd Zohdi, Syed Azarul Asriq, Puan Zahrah Yunos dan Tin Miswary  
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.