Troli

Di Tepi Sungai Dajlah

hamka . iraq . Islam . kembara . sejarah . travelog
Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah saya akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 Malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahawasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun. Di sanalah dahulu kalanya berdiri kerajaan Babylonia. Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali ke Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah India. iaitu 3 abad sebelum al-Masih dilahirkan. Buku ini merupakan kisah pengembaraan Buya Hamka ke Kota Baghdad, Iraq pada tahun 1950.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.