Troli

Bercinta Sampai ke Syurga

cinta . Islam . Keluarga . perkahwinan . rumah tangga . tanggungjawab
Berbekalkan ikrar cinta yang tulus, dua jiwa yang bertaut dalam ikatan pernikahan kini melangkah ke gerbang pembinaan 'negara' kecil, iaitu sebuah rumah tangga. Berkongsi hidup di dalam 'negara' berasaskan cinta umpama syurga duniawi, kerana segala yang terbatas oleh agama kini dapat sama-sama dikecapi. Namun, cinta semata tanpa kebijaksanaan dan tanggungjawab akan menyebabkan 'negara' yang ditadbir bersama menuju ke arah keretakan serta perbalahan. Seandainya terus dikemudi tanpa pedoman, boleh merobohkan kota kepercayaan yang telah dibina. Dalam sambungan Aku Terima Nikahnya ini, Hasrizal Abdul Jamil menitipkan secebis pesanan lagi kepada pembina 'negara' ini. Segalanya demi mempertahankan erti Bercinta Sampai Ke Syurga.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.