Troli

Negara Islam

aqidah . falsafah . fiqh . hamka . Islam . negara . pemikiran . politik
Membaca buku Negara Islam karya Buya Hamka ini membuatkan kita seakan akan berada di zamannya Konflik ummah kerancuan pemikiran dan tekanan untuk mewajahkan Islam dalam masyarakat dirasakan dalam setiap patah penulisannya Buya Hamka memberontak dan melepaskan segala yang terbuku berhubung kerisauannya terhadap masa depan umat Islam Indonesia pada ketika itu Idea idea dan buah fikirannya berhubung sistem pemerintahan Islam yang diimpikannya amat luas mencapah merentasi fiqh aqidah dan falsafah Karya ini merangkumi tiga fasal utama yang menghurai pengertian dan makna Negara Islam itu sendiri sekali gus memberi penjelasan secara terperinci perihal dasar pemerintahan Islam dengan tuntas Buya Hamka mengambil pendekatan seimbang dalam mengupas persoalan negara Islam dengan tidak hanya bergantung kepada teks klasik semata mata sebaliknya mengeluarkan ijtihad semasa melalui kefahaman terhadap kerangka demokrasi dan politik disekitarnya.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.