Perjalanan Terakhir Buya Hamka
biografi . hamka . Inspirasi . islamik . kehidupan . sejarah . tokoh . ulama
Selama hayatnya, Buya gemar melakukan perjalanan. Beliau jelajahi Nusantara dan dunia ini dengan segala suka dan duka, dengan pelbagai kejadian dan peristiwa. Hari Jumaat, 22 Ramadan 1401H bertepatan dengan 24 Julai 1981, adalah ‘perjalanan terakhir’ bagi ulama besar yang sama-sama kita cintai ini; meninggalkan jagat raya, menuju peristirahatan yang abadi. Buku ini mengisahkan saat-saat terakhir perjalanan beliau yang amat mengharukan itu. Ia lengkap dengan catatan dan kenangan daripada para sahabat dan murid-murid almarhum dari pelbagai profesion baik ulama, cendekiawan, ahli politik, sasterawan, generasi muda sampai kepada orang awam atau rakyat biasa yang merasa dekat dengan almarhum. Ia berupa pengalaman peribadi, catatan dari suatu peristiwa ketika bersama Buya Hamka, ataupun komentar-komentar atas wafatnya almarhum baik mengenai keperibadian, integriti dan kepemimpinan selama hayatnya.