Nama Beta Sultan Alauddin
RM29.00
RM26.10

Nama Beta Sultan Alauddin | Faisal Tehrani

Sultan Alauddin — raja yang tidak mahu berkuasa namun paling adil, kisah Melayu Melaka yang memukau.

−10%

"Dinding emas perak lidah kita, bahawa tak terlintas di hati mahu menjadi raja. Kerja menjadi raja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita." Bagi Sultan Alauddin, menduduki takhta bukanlah mercu cita-cita baginda. Sedari kecil, jawatan itu hanya mendatangkan nasib buruk sahaja hingga diancam bunuh oleh kakanda lalu tersisih daripada kehidupan masyarakat. Namun takdir Tuhan mempertemukan baginda dengan sang tua yang akhirnya membentuk Sultan Alauddin menjadi peribadi yang kaya dengan ilmu dan serba-serbi berkenaan pentadbiran negara. Sekali lagi, takdir membawanya pulang ke tampuk kepimpinan. Jawatan Sultan bukanlah dijadikan kebanggaan, melainkan untuk menegakkan keadilan semata. Meski keputusan-keputusannya sering bertingkah dengan adat dan suara majoriti, Sultan Alauddin pantang surut walau selangkah. Dengan iman sebagai pedang dan keadilan sebagai perisai, baginda melangkah membawa harapan rakyat. Nama Beta Sultan Alauddin merupakan sebuah kisah berlatarkan Kerajaan Melayu Melaka yang memaparkan kebijaksanaan dan pengorbanan seorang sultan yang menjadikan agama dan keadilan sebagai teras pemerintahannya.

Kongsi buku ini

Ulasan Pembaca

5/5 (1 ulasan)

Nak tulis ulasan?

Log masuk dahulu — pembeli buku ini dapat 5 mata bonus setiap ulasan.

I

Ili

30 Jun 2026

Buku ni saya tengah baca. Nipis jugak. Dalam 100++ page. Tentang sultan Melaka yg hebat. Walaupun dia anak raja, hidup dia x mudah. Ada je konflik. Bahasa penulis sedapp. Kisah Raja Hussain dengan guru dia, Nuh Ha Mim buat saya teringat kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir.

Mungkin awak juga akan suka

Tawaran Eksklusif

10% Diskaun
Semua Buku

Nikmati potongan harga untuk keseluruhan koleksi kami.

🚚 Penghantaran PERCUMA untuk pembelian RM100 ke atas

Beli Sekarang →

Selamat datang

Kupon RM5

Untuk pembelian pertama anda

Sudah ada akaun? Log masuk di sini