Dokumen Sah
Terma Penggunaan
Kemaskini terakhir: 25 Mei 2026
Selamat datang ke JT Books (jtbooks.my). Dengan melayari, mendaftar akaun, atau membuat pembelian di laman ini, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan ini ("Terma"). Sila baca dengan teliti. Jika anda tidak bersetuju, sila berhenti menggunakan laman ini.
1. Definisi
- "JT Books" bermaksud JT Publishing House Sdn Bhd, pengendali laman jtbooks.my.
- "Pengguna" atau "anda" bermaksud sesiapa yang melayari atau menggunakan laman ini.
- "Akaun" bermaksud akaun pengguna berdaftar di jtbooks.my.
- "Produk" bermaksud buku dan barangan lain yang dijual di laman ini.
2. Akaun Pengguna
Anda boleh layari laman ini sebagai tetamu atau berdaftar akaun. Untuk mendaftar:
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun (atau lebih ikut undang-undang tempatan anda). Kanak-kanak di bawah 18 perlu kebenaran ibu bapa/penjaga untuk membuat pembelian.
- Anda mesti memberikan maklumat yang tepat dan sahih.
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan akaun anda.
- Satu akaun untuk satu individu. Mencipta akaun berganda untuk menyalahgunakan ganjaran (cth: kupon RM5 pendaftaran berulang) tidak dibenarkan.
- Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar Terma ini.
3. Harga & Pembayaran
- Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM) termasuk cukai mana yang berkenaan.
- Pembayaran diproses oleh CHIP, gateway pembayaran berlesen di Malaysia. Kami menerima kad kredit/debit, FPX, eDompet (Touch 'n Go, GrabPay, ShopeePay, dll).
- Kami berhak menukar harga produk pada bila-bila masa tanpa notis. Harga semasa pesanan dibuat adalah harga muktamad.
- Diskaun, kupon dan promosi tertakluk pada syarat khusus (cth: tarikh sah, minimum pembelian). Hanya satu kupon boleh digunakan per pesanan.
4. Penghantaran
- Penghantaran ke Semenanjung Malaysia: RM9 (percuma untuk pesanan ≥ RM250).
- Sabah/Sarawak/Labuan: RM15 rata.
- Singapura: RM35 rata.
- Luar negara: sebut harga melalui WhatsApp.
- Tempoh penghantaran biasa: 3–7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. Kelewatan boleh berlaku semasa cuti umum / pesta jualan.
- Anda akan menerima nombor tracking melalui emel sebaik pesanan dihantar.
5. Pemulangan & Bayaran Balik
- Buku adalah produk sah tanpa kecacatan. Kami tidak menerima pulangan kerana berubah fikiran atau tidak suka kandungan.
- Sekiranya buku tiba dalam keadaan rosak (koyak, basah, hilang muka surat), sila hubungi kami dalam masa 3 hari selepas terima, dengan gambar bukti.
- Kami akan menggantikan buku rosak atau memulangkan bayaran penuh, mengikut budi bicara kami.
- Pemulangan bayaran diproses dalam 7–14 hari bekerja selepas kelulusan, melalui kaedah pembayaran asal.
6. Mata Ganjaran (JTbookmates Loyalty)
- Anda kumpul 1 mata setiap RM1 dibelanja (selepas diskaun, sebelum kos pos).
- Mata juga diperoleh dari ulasan, rujukan rakan (10 mata/rakan daftar + 10 mata setiap pembelian rakan), dan hadiah hari jadi.
- Mata tidak boleh ditunaikan dalam bentuk wang. Hanya boleh ditebus sebagai kupon diskaun (100 mata = RM3 kupon).
- Tahap keahlian (Member < VIP < Elite) berdasarkan jumlah mata seumur hidup. Tahap tidak akan turun walaupun anda tebus mata.
- Kupon hari jadi sah selama 3 bulan dari tarikh dijana.
- Kami berhak mengubah suai struktur ganjaran, kadar, atau menamatkan program loyalti dengan notis 30 hari.
7. Hak Cipta & Harta Intelek
Semua kandungan di jtbooks.my — termasuk teks, gambar, logo, kod, dan reka bentuk laman — adalah hak milik JT Publishing House Sdn Bhd atau diberi lesen kepada kami. Anda dilarang:
- Menyalin, memuat naik, atau menerbit semula kandungan tanpa kebenaran bertulis;
- Menggunakan robot, scraper, atau cara automatik untuk mengakses laman ini;
- Menyalahgunakan jenama, logo, atau kemasan visual JT Books.
8. Tingkah Laku Pengguna (TBR Loop / Komuniti)
Pengguna yang berkongsi catatan, ulasan, atau komen di laman ini mesti mematuhi peraturan berikut:
- Tiada kandungan lucah, kebencian, kekerasan, atau menyalahi undang-undang Malaysia;
- Tiada pemasaran spam, link luar yang menyalahi, atau scam;
- Hormati pengguna lain — tiada serangan peribadi atau penyebaran data peribadi orang lain;
- Kami berhak memadam catatan/komen tanpa notis jika melanggar peraturan, dan menggantung akaun anda.
9. Affiliate / Rujukan
- Setiap pengguna berdaftar dapat kod rujukan unik untuk dikongsi.
- Rakan yang daftar guna kod anda = anda dapat 10 mata (sekali).
- Setiap pembelian rakan yang dirujuk = anda dapat 10 mata.
- Penyalahgunaan (self-referral, akaun fake, dll) akan dipadam tanpa mata diberi.
- Identiti rakan yang menggunakan link anda tidak akan didedahkan kepada anda (privasi).
10. Pengehadan Liabiliti
Sehingga maksima yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia:
- JT Books tidak bertanggungjawab untuk kerosakan tidak langsung atau berbangkit akibat penggunaan laman ini;
- Liabiliti maksimum kami adalah terhad pada nilai pesanan yang berkaitan;
- Kami tidak menjamin laman ini sentiasa tersedia 100% — gangguan teknikal mungkin berlaku.
11. Undang-Undang Berkenaan
Terma ini diatur oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian tertakluk pada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.
12. Pindaan
Kami boleh mengemaskini Terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemaskini terakhir ditunjukkan di atas. Penggunaan berterusan laman ini selepas pindaan bermaksud anda menerima Terma yang baharu.
13. Hubungi Kami
- Emel: hello@jtbooks.my
- WhatsApp: +60 11-2906 2609
© 2026 JT Publishing House Sdn Bhd. Semua hak terpelihara.

