Maoon Rizal
RM35.00
RM17.50

Maoon Rizal | Hasrizal Abdul Jamil

Kembara di Finland mengajak merenung makna sepi, persoalan dan pencarian diri—catatan yang menyimpan hikmah di sebalik perjalanan jauh.

−50%

Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah. “Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!” Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari. Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada apa sesuatu bermula, dan di mana noktah akhir yang disasarkan sebagai perhentian. Jelas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki namun, kembara di sebuah negeri salji bernama Finland ini penuh onak dan duri. Sebanyak mana pun ia saya ungkapkan dalam bab demi bab, ungkapan itu hanyalah menceritakan sebahagian daripada apa yang saya mampu ceritakan untuk teladan bersama. Seumpama puncak sebongkah ais yang terapung di sepi Artik, apa yang dilihat mata, hanyalah satu persepuluh daripada keseluruhan bongkah ais yang terendam menurut Undang-undang Apungan Archimedes. Saya hidup dengan persoalan. Persoalan mendorong saya berjalan. Perjalanan yang saya coret dalam naskhah ini, tujuannya agar sepi di negeri asing ini tersimpan erat dalam kenangan.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

Nak tulis ulasan?

Log masuk dahulu — pembeli buku ini dapat 5 mata bonus setiap ulasan.

Mungkin awak juga akan suka

Selamat datang

Kupon RM5

Untuk pembelian pertama anda

⏳ Boleh guna mulai 8 Jun 2026

Sudah ada akaun? Log masuk di sini