Aku, Buku & Kota kaherah
Harga
RM35.00

Aku, Buku & Kota kaherah | Shahriman Jamalullayl

Memoir seorang pencinta buku di Kaherah — kisah gigih memburu ilmu yang menginspirasi semua pencinta buku.

"Apa yang tertulis akan terus abadi. Apa yang terucap akan berlalu — bersama angin." Satu rangkap kata-kata yang dipegang penulis supaya terus menulis dan berkarya, lalu meninggalkan sesuatu yang bermakna, iaitu "buku". Aku, Buku & Kota Kaherah adalah himpunan memoir penulis yang penuh dimaknai dengan buku, sebagai seorang mahasiswa pada era 90-an di Kaherah — sebuah kota yang menyimpan kisah para anbia. Di antara bau buku-buku lama dan debu-debu yang bertebaran, kota ini juga menyaksikan pahit getir kehidupan penulis dalam mengharungi zaman belajarnya di sana. Semangat cintakan ilmu dan buku membawa beliau menerokai pesta-pesta buku sehingga ke pasar-pasar buku di jalanan. Begitu gigih memburu buku-buku langka — hinggakan terpaksa berebut dengan si penggila buku! Naskhah ini ditujukan khas buat semua pencinta buku. Kalian akan menemui kepuasan dan nikmat membaca sebuah buku dengan menelusuri kehidupan penulis di kota yang terkenal sebagai pusat peradaban ilmu ini.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

Nak tulis ulasan?

Log masuk dahulu — pembeli buku ini dapat 5 mata bonus setiap ulasan.

Mungkin awak juga akan suka

Selamat datang

Kupon RM5

Untuk pembelian pertama anda

⏳ Boleh guna mulai 8 Jun 2026

Sudah ada akaun? Log masuk di sini