Perempuan Luka Kalis Kecewa
RM39.00
RM35.10

Perempuan Luka Kalis Kecewa | Nik Nur Madihah

Perempuan luka yang tidak kecewa — penghormatan kepada wanita yang terus memberi tanpa pernah berhenti percaya.

−10%

Dalam dunia yang menuntut kehalusan dan kepatuhan, naskhah ini membongkar pelbagai dimensi wanita. Daripada yang tabah menghadapi cabaran, yang remuk tetapi tetap tumbuh, hingga yang melawan demi kebenaran. Perempuan Luka Kalis Kecewa — bukan sekadar helaian kata, tetapi sebuah cermin yang memantulkan suara-suara yang jarang didengar. Ia menghimpunkan refleksi serta pemikiran yang menggali erti keperempuanan dalam pelbagai wajah dan nuansanya. Bicaranya bukan sekadar tentang peranan yang diwarisi, tetapi juga cabaran yang hadir bersama perubahan zaman yang menuntut kebijaksanaan dalam membuat pilihan, mempertahankan prinsip, serta belajar mencintai hidup dengan segala lebih dan kurangnya. Naskhah ini adalah penghormatan kepada mereka yang diam-diam menanggung, yang terus memberi dan yang tidak pernah berhenti percaya bahawa keberanian dan kelembutan boleh wujud seiring dalam jiwa seorang wanita. Ditulis dengan kejujuran dan ketajaman renungan, Nik Nur Madihah bukan sekadar mencatat pengalaman, tetapi mengajak pembaca berfikir dan bertanya: bagaimana perempuan menavigasi dunia yang sering menuntut lebih daripada mereka?

Kongsi buku ini

Ulasan Pembaca

5/5 (2 ulasan)

Nak tulis ulasan?

Log masuk dahulu — pembeli buku ini dapat 5 mata bonus setiap ulasan.

I

Ili

30 Jun 2026

https://www.jtbooks.my/s/EppMty Nik nur madihah, kalau timah ingat pelajar spm yg dapat 20A dulu penulisnya. Dia share tentang macam mana kita as perempuan ni supposed letakkan diri kita. Siapa yg patut kita teladani. Bahasa sedapp & dia kritikal dalam penulisan.

A

Aini

18 Mei 2026

Naskhah yang menyentuh hati setiap perempuan.

Mungkin awak juga akan suka

Tawaran Eksklusif

10% Diskaun
Semua Buku

Nikmati potongan harga untuk keseluruhan koleksi kami.

🚚 Penghantaran PERCUMA untuk pembelian RM100 ke atas

Beli Sekarang →

Selamat datang

Kupon RM5

Untuk pembelian pertama anda

Sudah ada akaun? Log masuk di sini