Kawin-kawin
RM39.00
RM35.10

Kawin-kawin | Azizi Hj Abdullah

Kawin-kawin—satira pedas tentang perkahwinan sebagai alat kuasa; kisah Malang dan Mas Umm membongkar manipulasi, agama dan politik yang sinis.

−10%

“Macam mana kalau aku kahwin?” “Yalah, perempuan mana?” “Mas Umm!” Betapa Malang. Sakitnya kahwin tak jadi, seksanya kahwin tak merasa. Namun lebih pedih lagi apabila kahwin hanyalah permainan kuasa. Di daerah Malang, perkahwinan bukan penyatuan hati, tetapi sebuah kontrak penuh muslihat. Malang ghairah mahu memiliki Mas Umm melalui nikah mutaah — perkahwinan kontrak yang berpandukan _Kitab Arraya_ karangan Syaikh Dr. Demo dan restu para agamawan penunggang. Namun, adakah ini benar-benar tentang cinta, atau sekadar kepentingan peribadi? Pemenang Hadiah Sako II, _Kawin-kawin_ adalah sebuah satira politik yang pedas, sinis dan lucu. Bukan sekadar naskhah tentang pelamin, tetapi cermin yang memantulkan wajah politik tanah air yang kekal relevan merentas zaman.

Kongsi buku ini

Ulasan Pembaca

4.5/5 (2 ulasan)

Nak tulis ulasan?

Log masuk dahulu — pembeli buku ini dapat 5 mata bonus setiap ulasan.

A

Al-Atre

6 Jul 2026

Lucu dan indah sekali cara Azizi Abdullah bermain dengan satira. Setiap peran boleh menjadi refleksi kepada ahli politik zaman edan. Tak sangka, Azizi boleh menumpahkan kemarahan sama seperti Pak Shahnon. Juga sudah tentu, watak Mas Umm adalah simbol nafsu yang diberahikan oleh setiap jantan politik.

M

MOHD AMIROLRIDZUAN BIN ARIPIN

1 Jul 2026

Novel Kawin-Kawin mengangkat konflik perkahwinan mut'ah sebagai tema utama, dengan memaparkan bagaimana amalan tersebut dijadikan jalan memenuhi kepentingan material dan hawa nafsu, di samping menyelitkan kritikan sosial serta unsur politik yang disampaikan secara tersirat. Watak utama, Malang, melalui perjalanan hidup yang sarat dengan ujian apabila berubah daripada seorang yang tidak mengamalkan ajaran Islam kepada individu yang berusaha memperbaiki diri demi memenuhi syarat untuk mengahwini wanita pilihannya. Walaupun novel ini pernah mengundang kontroversi kerana penggunaan bahasa yang berunsur erotik, penulis sebenarnya ingin menyampaikan mesej tentang bahaya menurut hawa nafsu, sifat hasad dengki, serta pentingnya keikhlasan dalam berhijrah. Secara keseluruhannya, novel ini menegaskan bahawa perkahwinan yang benar hanyalah yang menepati syariat Islam dan kehidupan hendaklah diisi dengan amalan yang baik kerana kenikmatan hawa nafsu hanyalah bersifat sementara.

Mungkin awak juga akan suka

Tawaran Eksklusif

10% Diskaun
Semua Buku

Nikmati potongan harga untuk keseluruhan koleksi kami.

🚚 Penghantaran PERCUMA untuk pembelian RM100 ke atas

Beli Sekarang →

Selamat datang

Kupon RM5

Untuk pembelian pertama anda

Sudah ada akaun? Log masuk di sini