Mengejar Taming Sari
RM49.00
RM44.10

Mengejar Taming Sari | Rozanna

Nasrah mempertaruhkan nyawa suami untuk Taming Sari — hikayat wanita pejuang di Melaka zaman penjajahan.

−10%

Melaka, tahun 1551. Kota yang pernah menjadi nadi dunia kini bernafas dalam cengkaman Peringgi. Di tengah riuh pasar, dentangan genta dan kesuk-kesik di pelabuhan, seorang gadis Pahang bernama Nasrah hadir bersama bakat menekat yang halus dan kerinduan pada suami yang tidak tertanggungkan. Pada setiap helaian benang yang disulam, terbongkar cetera dan pertemuan yang beragam. Nasrah terbelit oleh janji sang petinggi licik untuk menemukan keris Taming Sari dengan nyawa suami sebagai galang ganti. Bersama harapan agar mereka menyatu kembali, dia terpaksa mempertaruhkan segalanya — walau terpaksa bersekongkol dengan penjajah di negeri nan bersejarah. Dalam kota penuh tipu daya, Nasrah berhadapan dengan pakatan rahsia, kehilangan perit dan kebenaran yang menggoncang keamanan wangsa. Apakah masih ada peluang untuk dirinya mengecap bahagia, setelah semua janji dan amanat telah terlaksana? Mengejar Taming Sari ialah hikayat tentang semangat perjuangan yang tetap menyala dan wanita yang menenun semula maruah bangsanya dengan darah serta air mata.

Kongsi buku ini

Ulasan Pembaca

5/5 (1 ulasan)

Nak tulis ulasan?

Log masuk dahulu — pembeli buku ini dapat 5 mata bonus setiap ulasan.

A

Al-Atre

6 Jul 2026

Rozana contoh penulis yang tidak segan-segan mengorbankan watak-wataknya untuk menggerakkan naratif. Latar pasca-perang Melaka-Portugis ini sangat rinci dan hidup. Sarat dengan kembara, pengkhianatan, aksi dan semuanya dituangkan dalam bahasa klasik yang indah. Seorang Nasrah yang hidupnya terjungkir balik namun tetap hidup dan berjuang!

Mungkin awak juga akan suka

Tawaran Eksklusif

10% Diskaun
Semua Buku

Nikmati potongan harga untuk keseluruhan koleksi kami.

🚚 Penghantaran PERCUMA untuk pembelian RM100 ke atas

Beli Sekarang →

Selamat datang

Kupon RM5

Untuk pembelian pertama anda

Sudah ada akaun? Log masuk di sini