RM0Penghantaran PERCUMARM0 · Penghantaran PERCUMARM80
0
MERCHANDISE
Graveyard Band
RM35.00
RM29.75

Graveyard Band | Rei Husaini

*Rumah Bernombor 9* — Dalam suasana muzik 70-an, Rafa dan sahabatnya menempuh persahabatan, misteri alam ghaib dan perjalanan menuju kedewasaan.

−15%

“Apollo dah pergi ke bulan enam kali, kita asyik sibuk dengan hantu setan.” Tahun 1979. Rafa, seorang kerani kilang 19 tahun menyimpan dua impian besar, menjadi gitaris dan penulis. Bersama dua gitaris, Chain dan Din, mereka menubuhkan three-piece band dan menjadikan sebuah rumah usang bertentangan tanah perkuburan sebagai tempat latihan. Pada masa yang sama, rumah misteri bernombor 9 di hadapan rumah sewa Rafa kini berpenghuni. Lahiri, seorang penulis karya mistik yang berpindah ke situ berhasrat mengajar Rafa ilmu penulisan. Akan tetapi sebagai prasyarat, dia perlu mengikut perjalanan malam bagi meneroka alam ghaib, sebelum menjadi penulis yang sebenar. Daripada pertumpahan darah di kelab malam, salah faham dengan AJK surau, sehingga terseret kejadian misteri yang sukar diterima akal, mereka menempuh kedewasaan. Nikmatilah kemanisan persahabatan Rafa dan rakannya di bawah bayang kegemilangan muzik 70-an. Sebuah karya nostalgik Rei Husaini yang sarat humor, muzik serta realiti puitis tentang kehidupan dan perpisahan.

Kongsi buku ini

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

Nak tulis ulasan?

Log masuk dahulu — pembeli buku ini dapat 5 mata bonus setiap ulasan.

Kategori Serupa

Mungkin awak juga akan suka

SIBF 2026 · 27 Nov – 6 Dis

Hari Raya Buku
Kembali Lagi!

Diskaun khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor.

15%29 judul pilihan
10%semua buku lain
RM5lelong
RM10lelong

🚚 Penghantaran PERCUMA untuk pembelian RM80 ke atas

Buku Lelong →

Selamat datang

Kupon RM5

Untuk pembelian pertama anda

Dapatkan 50% masa hari lahir anda

Sudah ada akaun? Log masuk di sini