fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Puisi: Duhai Bintang Syurgaku

 

Duhai bintang syurgaku


Tidurlah sayang
Esok ibu menunggumu
Harimu kan baru
Bangun dan tabahlah selalu
Moga menjadi bakti untuk agamamu

Senyum mu mawar dihatiku
Tangismu perit dijiwaku
Akanku sentiasa doa pada tuhanmu
Agar beri aku mampu
Menjadi baik, lebih baik dan terbaik untuk satu persatu

Dunia masih baru buatmu
Tabahlah apa yang menantimu
Moga tuhanmu sentiasa memimpinku
Demi yang terbaik untuk kamu, kamu dan kamu
Hanya Dia yang tahu

Senyum dan senyum selalu
Esok mentari pagi cantik menantimu
Mungkin tiada lagi jerebu
Mungkin tiada lagi hujan batu
Hanya gerimis yang salju
Kemudian hadir pelangi idamanmu
Seperti yang kau selalu lukiskan untuk ibu

Esok esok kau kan lukis corak hidupmu
Moga kau mampu membawa iman didadamu
Hanya itu doaku
Juga mohon kau mampu doakan ku
Saat aku sudah tidak mampu
Terhimpit diam gelap dan kaku
Ingatan dan doamu kan menerangiku


Buat adamumar.aliluthfi.adeleusoff


Puisi ditulis saat menatap anak tidur diwaktu malam. Waktu sangat hening dan telah berlaku perkara besar didalam hidup anak-anak ini dimana mereka akan membesar didalam keluarga tidak sesempurna keluarga lain. Puisi merupakan luahan rasa dan pesanan untuk anak-anak kecil agar tabah melalui apa yang mendatang dan terus berusaha demi keluarga dan agama. Ia juga sebagai pesanan akhir seorang ibu sedari anak kecil sehingga ibu menutup mata.

Rangkap pertama: Permulaan tidur dan harapan ditiupkan

Rangkap kedua: Perjanjian untuk terus berjuang Bersama

Rangkap ketiga: Nasihat atas apa yg bakal mendatang, bergantung hanya pada DIa

Rangkap keempat: Teruskan senyum dan perfikir positif akan kebahagiaan dan kebahagiaan disebalik pelbagai perkara yang mungkin dilalui

Rangkap kelima: Pesan terakhir dan harapan dari seorang ibu

 

Penulis,

Asma Adel

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.