Semua tentang kita
Sama ada saya melarikan diri ke dalam buku, atau melompat keluar daripada diri, puisi tetap menjadi kompas; memandu saya supaya sentiasa waras.
Andai suatu hari kita kehilangan senjata paling ampuh, yakni doa seorang ibu; apakah yang akan kita lakukan? Adly, seorang mahasiswa yang baru kehilangan ibu mula merasakan hidupnya tidak lagi sama. Oleh kerana terlalu yakin bahawa doa ibulah yang akan membantu dirinya maka Adly memulakan misinya.. Apa itu?
Meninggalkan rumahmu, setelah tak berjawab salamku di muka pintu. Tapi rinduku masih di situ, mengetuk bertalu-talu.
Orang ingat, mereka boleh miliki cinta. Mereka salah. Cinta bukan untuk dimiliki tetapi untuk diperjuangkan.
Mereka bersama-sana mengembara ke segenap ceruk kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai indahnya dunia lukisan Monet dan menjejak pencuri berkaki ghaib. Tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah memaut jurang tebing antara dua bangsa.
Poskad-poskad Penghujung Semester adalah satu himpunan puisi, narasi-narasi reflektif tentang kehidupan dan ketentuan, tentang memiliki dan melepaskan. Ia juga bukan hanya cerita tentang seorang siswa bergelar graduan, tetapi cerita tentang seorang remaja yang tidak mahu segera dewasa, atau lebih tepat lagi, tidak mahu segera melepaskan.
Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi — seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitannya gulung tikar! Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya?
Membawakan lima kesemua buku JIWA iaitu :
– Perempuan Dari Masa Lalu – Poskad-poskad Penghujung Semester – Kunang Pesisir Morten – Penulis yang Disayangi Tuhan – Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang
JIWA membuka ruang kepada semua pembaca dan penulis fiksyen merentas genre – romantis, fantasi, sains fiksyen, perjuangan, misteri dan sebagainya. Semuanya kami terima dengan tangan terbuka.
Hantarkan karya menarik anda untuk kami nilai dan terbitkan. Emel ke