Troli
Tentang Kami | JT Books – Memasyarakatkan Ilmu dan Budi
Tentang Kami

Memasyarakatkan
Ilmu dan Budi

JT Books adalah platform buku online oleh JT Publishing House Sdn. Bhd — membawa buku, wacana dan kembara intelektual ke hujung jari anda sejak 2017.

Buku 100% Baharu Penghantaran ke seluruh Malaysia Ditubuhkan sejak 2017 Syarikat berdaftar 2022
Siapa kami
Visi
Membina ekosistem buku, wacana dan budaya fikir yang mendekatkan masyarakat kepada ilmu dan budi.
Misi
Memasyarakatkan Ilmu dan Budi — melalui penerbitan, penjualan buku, wacana dan ruang pertemuan pencinta ilmu.

Bermula dengan penganjuran wacana ketokohan HAMKA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jejak Tarbiah meneruskan usaha memasyarakatkan pemikiran dan karya beliau melalui penerbitan buku-buku bermula pada tahun 2017.

Sejak itu, Jejak Tarbiah terus berkembang sebagai gerakan ilmu yang mendekatkan masyarakat dengan buku, wacana dan kembara intelektual.

Menjelang tahun 2026, Jejak Tarbiah terus meluaskan peranan melalui penerbitan novel-novel di bawah imprin JIWA serta buku-buku bisnes dan pembangunan usahawan di bawah imprin JTX.

Selain itu, Jejak Tarbiah turut memperluaskan ekosistemnya melalui penubuhan HAMKA COFFEE di Bandar Puteri Bangi sebagai pelengkap kepada budaya ilmu, perbincangan dan pertemuan pencinta buku. Di sinilah buku, kopi dan manusia dipertemukan dalam misi memasyarakatkan ilmu dan budi.

Jejak Tarbiah
Imprin utama — buku ilmu, pemikiran Islam dan ketokohan
JIWA
Novel dan karya sastera — untuk jiwa yang dahagakan cerita
JTX
Buku bisnes dan pembangunan usahawan Malaysia
Kenapa pilih kami
Penghantaran Pantas
Diproses dalam 3 hari bekerja ke seluruh Malaysia
Buku 100% Baharu
Semua buku adalah terbitan baharu, bukan terpakai
Koleksi Pilihan
Terbitan sendiri + penerbit tempatan & luar negara
Ahli Dapat Lebih
Mata ganjaran + diskaun RM5 untuk ahli baharu
Hubungi kami
WhatsApp
Waktu Operasi
9 Pagi – 7 Malam (Setiap Hari)
Alamat
No.8 Jalan 2A/8, Bandar Puteri Bangi,
43000 Kajang, Selangor
Soalan lazim (FAQ)
Pembelian & Pembayaran
Bagaimana cara membuat pesanan di JT Books?+
Pilih buku yang anda inginkan, tambah ke troli, kemudian klik butang pembayaran. Ikuti langkah checkout dan pilih kaedah pembayaran yang sesuai. Anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan setelah transaksi berjaya.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?+
Kami menerima pembayaran melalui FPX (perbankan dalam talian), kad debit/kredit, dan TnG eWallet.
Adakah saya perlu mendaftar akaun untuk membeli?+
Ya, dengan beberapa langkah mudah, anda akan dapat menjadi ahli dan menikmati tawaran-tawaran yang ada di website kami — termasuk mata ganjaran dan diskaun eksklusif untuk ahli.
Adakah terdapat kod promosi atau diskaun untuk ahli baharu?+
Ya! Bagi pendaftaran baharu, kami menawarkan mata ganjaran dan diskaun RM5 untuk pembelian pertama anda.
Penghantaran
Berapa lama masa penghantaran ke seluruh Malaysia?+
Pesanan anda akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja, melainkan diberitahu sebaliknya ataupun semasa kempen pra-tempah. Setelah dihantar, masa penghantaran bergantung kepada lokasi anda.
Adakah JT Books menghantar ke Sabah, Sarawak dan luar negara?+
Buat masa ini kami hanya dapat menghantar pesanan ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak sahaja. Bagi pelanggan dari luar negara, boleh WhatsApp kami di 011-29062609 untuk pengesahan penghantaran.
Berapakah caj penghantaran? Adakah terdapat penghantaran percuma?+
Caj penghantaran bergantung kepada tetapan semasa. Bagi ahli kami yang layak, anda boleh mendapat penghantaran percuma tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuat kuasa.
Produk & Stok
Apakah jenis buku yang dijual di JT Books?+
Kebanyakan produk di website ini adalah terbitan kami sendiri dan juga penerbit-penerbit tempatan dan luar negara. Kami menjanjikan buku-buku yang dijual selari dengan misi memasyarakatkan ilmu dan budi — merangkumi buku ilmu, novel (imprin JIWA) dan buku bisnes/usahawan (imprin JTX).
Adakah buku yang dijual adalah buku baharu atau terpakai?+
Buku baharu sahaja. Semua buku yang dijual di JT Books adalah terbitan baharu dan tidak terpakai.
Bolehkah saya tempah buku yang tidak ada dalam stok?+
Buat masa ini, buku yang kehabisan stok perlu menunggu restok. Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di 011-29062609 untuk mengetahui status restok terkini.
Pemulangan & Aduan
Apakah polisi pemulangan atau pertukaran barang?+
Sekiranya pesanan silap ataupun rosak berpunca daripada kecuaian pihak kami, pelanggan boleh memulangkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan. Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk memulakan proses pemulangan.
Apa yang perlu saya lakukan jika buku yang diterima rosak atau tidak betul?+
WhatsApp kami di 011-29062609 sekiranya buku yang diterima rosak atau tidak betul. Kami akan menyiasat dan menggantikan dengan yang baharu sekiranya terbukti berpunca dari pihak kami.
Akaun & Teknikal
Bagaimana cara menyemak status pesanan saya?+
Nombor tracking akan dijana secara automatik apabila pesanan anda telah diproses. Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel. Anda juga boleh log masuk ke akaun untuk menyemak status pesanan terkini.
Saya lupa kata laluan. Bagaimana untuk reset?+
Boleh klik butang "Lupa Kata Laluan" pada halaman log masuk dan reset semula akaun atau kata laluan anda. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, terus WhatsApp kami di 011-29062609.
Bagaimana cara menghubungi JT Books untuk pertanyaan lanjut?+
WhatsApp kami di 011-29062609 atau e-mel ke [email protected]. Waktu operasi kami adalah 9 Pagi hingga 7 Malam setiap hari.
JT Books Footer Preview v8
⭐ JT BOOKMATES ⭐
"Jejak-jejak Penuh Inspirasi"
Sertai komuniti pembaca eksklusif kami
🎁 Diskaun pesanan pertama | ⭐ Mata setiap pembelian | 📚 Akses awal buku baru | 🎉 Diskaun ulang tahun
⭐ Sertai Bookmates Percuma →