Soalan Lazim
Apa yang anda perlu tahu
Kumpulan soalan-soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan kami. Tak jumpa jawapan? Hubungi kami terus di WhatsApp.
Pembelian & Pembayaran
Bagaimana cara membuat pesanan di JT Books?+
Pilih buku yang anda inginkan, tambah ke troli, kemudian klik butang pembayaran. Ikuti langkah checkout dan pilih kaedah pembayaran yang sesuai. Anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan setelah transaksi berjaya. Lihat panduan terperinci di
Cara Membeli.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?+
Kami menerima pembayaran melalui FPX (perbankan dalam talian), kad debit/kredit (Visa/Mastercard), Maybank2u, dan TnG eWallet.
Adakah saya perlu mendaftar akaun untuk membeli?+
Tidak wajib — anda boleh membeli sebagai tetamu (guest checkout). Namun, dengan mendaftar akaun anda akan menjadi ahli JT Bookmates dan menikmati banyak kelebihan: mata ganjaran setiap pembelian, akses awal buku baharu, diskaun ulang tahun, dan rekod pesanan yang mudah dirujuk semula.
Adakah terdapat kod promosi atau diskaun untuk ahli baharu?+
Ya! Bagi pendaftaran ahli baharu JT Bookmates, kami menawarkan mata ganjaran dan diskaun untuk pembelian pertama anda.
Daftar sekarang untuk mula menikmati ganjaran.
Penghantaran
Berapa lama masa penghantaran?+
Pesanan akan diproses dalam tempoh
1-3 hari bekerja. Setelah dihantar:
•
Semenanjung Malaysia: 3-5 hari bekerja
•
Sabah/Sarawak: 5-10 hari bekerja
•
Brunei/Singapore: 7-14 hari bekerja
Lihat butiran lengkap di
Penghantaran.
Adakah JT Books menghantar ke Sabah, Sarawak dan luar negara?+
Ya. Kami menghantar ke seluruh Malaysia (Semenanjung dan Sabah/Sarawak) menggunakan Ninja Van, serta ke Brunei dan Singapura menggunakan Citylink Express.
Berapakah caj penghantaran? Adakah penghantaran percuma?+
Caj penghantaran bermula dari RM9 untuk Semenanjung dan RM15 untuk Sabah/Sarawak, bergantung kepada kuantiti buku.
Penghantaran PERCUMA untuk pesanan RM200 ke atas (Semenanjung sahaja). Lihat senarai rate lengkap di
halaman Penghantaran.
Produk & Stok
Apakah jenis buku yang dijual di JT Books?+
Kebanyakan produk di website kami adalah terbitan sendiri serta dari penerbit-penerbit tempatan dan luar negara. Kami menawarkan buku selari dengan misi memasyarakatkan ilmu dan budi — termasuk buku ilmu (Jejak Tarbiah), novel (JIWA), buku bisnes/usahawan (JTX), Siri Komik, dan produk Hamka Coffee.
Adakah buku yang dijual adalah buku baharu atau terpakai?+
Buku baharu sahaja. Semua buku yang dijual di JT Books adalah terbitan baharu yang tidak pernah digunakan.
Bolehkah saya tempah buku yang tiada dalam stok?+
Buat masa ini, buku yang kehabisan stok perlu menunggu restok. Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di
011-2906 2609 untuk mengetahui status restok terkini.
Pemulangan & Aduan
Apakah polisi pemulangan atau pertukaran barang?+
Sekiranya buku yang anda terima rosak atau salah, hubungi kami dalam tempoh
3 hari dari tarikh terima. Kami akan menggantikan dengan baharu —
tanpa kos pemulangan dan tanpa perlu pulangkan buku rosak. Lihat butiran di
halaman Pemulangan.
Apa yang perlu saya lakukan jika buku yang diterima rosak?+
WhatsApp kami di
011-2906 2609 atau DM media sosial kami. Sertakan gambar buku yang rosak dan no. pesanan. Kami akan menyiasat dan hantar ganti baharu dalam masa terdekat.
Akaun & Teknikal
Bagaimana cara menyemak status pesanan saya?+
Nombor tracking akan dijana automatik apabila pesanan anda telah diproses. Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel. Anda juga boleh log masuk ke
akaun anda untuk menyemak status pesanan terkini.
Saya lupa kata laluan. Bagaimana untuk reset?+
Klik butang "Lupa Kata Laluan" pada halaman log masuk dan ikut langkah untuk reset. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, terus WhatsApp kami di
011-2906 2609.
Bagaimana cara menghubungi JT Books untuk pertanyaan lanjut?+
Masih ada soalan?
Jangan teragak-agak hubungi kami. Kami sedia membantu.
💬 Hubungi WhatsApp