Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

ISLAM KATA ISTERI BUKAN BIBIK – AHMAD SARWAT

RM20.00

Out of stock

Description


Menjadi stigma dalam kalangan masyarakat kita, posisi seorang isteri adalah menjadi seorang pembantu bagi sebuah rumah tangga. Secara tidak sedar, kita menganggap semua itu bersumberkan dari ajaran agama Islam. Seolah-olah kita mengatakan Islam mewajibkan setiap isteri untuk melakukan banyak pekerjaan rumah tangga, layaknya seorang bibik.

Isteri harus menyapu, mengemop, mencuci, menggosok, memasak, dan melakukan seluruh kerja rumah yang lain. Waktunya dihabiskan untuk pekerjaan sebanyak itu. Hasilnya, saat suami pulang, isteri sudah kelelahan dek pekerjaan hariannya sehingga tidak ada waktu untuk melayani suami dan anak-anak.

Jadi, apa sebenarnya peranan dan tanggungjawab seorang isteri dalam rumah tangga?

Apakah isteri perlu melakukan semua pekerjaan itu?

Bagaimana Al-Quran, As-Sunnah, dan para ulama memandang masalah ini? Ataupun adakah ini semata-mata kesalahan persepsi bangsa kita?

Buku ini akan mengajak kita menelusuri khazanah Islam secara lebih luas perihal seorang isteri, dengan merujuk kajian fiqh para ulama empat mazhab.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.