Troli
-10%

KUN FAYAKUN | OLI BAHAROM

RM45.00 RM40.50

469 in stock

Description

Pandangan mereka bertaut. Rindu yang terasa oleh mereka berdua kini disahut. Kata-kata yang pernah diucapkannya bergema dalam fikiran. ‘Kun’, kata Tuhan, maka jadilah.”

Sehelai daun paku ungu telah membawa Marisah mengembara ke dunia mimpi Tanah Mawlah. Dunia agam dan misterius tersebut menghumban perempuan itu ke dalam kancah perang saudara. Segala yang berlaku adalah benar dan bukan sekadar mainan tidur.

Perjalanan ini telah menemukannya dengan seorang pahlawan muda dari Kota Dua Marhalah, Amar. Lalu bermulalah kembara ranah di antara dua dunia, yang membuatkan Marisah pertama kali merasakan kehangatan dalam jiwa.

Dapatkah mereka bertahan nyawa sehingga ke penghujungnya?

Additional information

Weight 0.3000 kg
Dimensions 14.0000 × 21.0000 × 4.0000 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.