fbpx
Your Cart

011-2906 2609

Pos berjalan setiap hari kecuali Sabtu & Ahad

Bukan Salah Syaitan

Saat saya melihat buku ini, sungguh meninggalkan tanda tanya! Mengapa namanya “Falsafah Syaitan”? Benar-benar berbicara segenap kehidupan syaitankah? Atau mahu berbicara tentang falsafah syaitan yang menakutkan? Fuh, seram rasanya memikirkan yang lebih-lebih. Rupa-rupanyanya, Buya Hamka tetap  juga seorang Buya Hamka: tulisannya penuh hikmah, teratur, berisi dan bernilai! Bukan sekadar pujian tulisannya semata-mata tapi saya benar-benar […]

Kenapa Saya Membaca Al-Attas?

Mungkin makalah ini adalah tulisan saya yang paling takut dan berhati-hati untuk menulisnya. Insan kerdil seperti saya ini mungkin tidak layak untuk bercerita mengenai karya agung yang paling hebat pernah ditulis dari penulis Islam 100 tahun kebelakangan ini. (Diceritakan oleh Syeikh Hamza Yusuf).  Di sini saya tidak ingin mengupas apakah isi kandungan buku, tetapi saya […]

Guru Aini: Belajar Menjadi Guru Yang Memaksa Anak Muridnya Memasang Cita-Cita

Saya percaya, sesiapa yang membaca karya “Orang-Orang Biasa” pasti teruja dan kagum akan kebolehan Pak Andrea membawa tema keadilan dalam kehidupan masyarakat melalui karyanya. Pak Andrea memang handal dalam memasukkan mesej tersirat yang cuba disampaikan melalui setiap watak dan plot yang terhasil. Tetapi, untuk membahaskan secara lebih lanjut mengenai “Orang-Orang Biasa” akan saya muatkan pada […]

Kalau Zainuddin Jadi Suami Kepada Hayati, Hayati Takkan Boleh Keluar Rumah

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, tajuk bagi mahakarya hasil seni Buya Hamka seorang sasterawan, cendekiawan, bahkan Ulamak terkemuka yang pernah ada di nusantara satu ketika dahulu. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah yang boleh disifatkan pada mahakarya ini. Keindahan susun atur katanya, kepandaian bermain irama seni kata menyebabkan karya ini terus laku […]

Bukan Hayati Yang Lebih Berjiwa Besar, Tetapi Zainuddin (Artikel Balas)

Sebagaimana sedia maklum, sebelum ini saudari Nurul Amal Fatinah telah menulis coretan yang bertajuk “Hayati yang sebenarnya lebih berjiwa besar daripada Zainuddin”. Kupasannya begitu menarik dan mendalam hingga siapa membacanya ibarat mampu menyelami hati seorang wanita bernama Hayati. Namun itu adalah sisi pandang seorang wanita kepada wanita bernama Hayati. Tidak perlu disangkal lagi bagaimana puitisnya […]

Buku Untuk Mereka Yang Mencintai Buku

Buku Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi karya Iman Danial Hakim membawa tema bibliofil; iaitu minat dan kecintaan yang mendalam terhadap buku. Saya tertarik dengan tajuk buku ini. Bagi saya ini bukan angan-angan biasa tetapi sebuah impian untuk mengabdikan diri menyelami ilmu pengetahuan melalui bacaan.  Secara ringkas, buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya pengalaman […]

Hayati Yang Sebenarnya Lebih Berjiwa Besar Daripada Zainuddin

Hayati, gadis Minang dari Batipuh. Kecantikannya indah seperti Gunung Merapi. Sosok perempuan sopan santun dan berjiwa besar ini merupakan watak utama dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang telah diterbitkan pada tahun 1938.           Hasil karangan ulama terkenal Indonesia, Buya Hamka. Walaupun telah bertahun lamanya novel ini dihasilkan, ia tidak […]

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck: Cinta Antara Dua Darjat

Kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati nukilan Buya Hamka bukan suatu kisah percintaan biasa seperti cerita roman yang lain. Kisah penuh dengan pengajaran antara dua kekasih yang bermati-matian tidak direstui hanya kerana mempunyai perbezaan latar belakang dan darjat. Suku. Keturunan. Adat. Hayati berasal dari keturunan yang baik, berdarah Minangkabau sedangkan Zainuddin pula tidak diketahui dengan […]

Dari Penjara Taliban Menuju Iman

Dari Penjara Taliban Menuju Iman berkisar tentang seorang wartawan Inggeris yang bernama Yvonne Ridley. Buku ini adalah sebuah travelog iman ataupun inside story seorang wanita Kristian Protestan yang ditangkap dan dipenjarakan oleh Taliban selama 10 hari dalam rangka melaksanakan misi kewartawanan. Ketika itu beliau bertugas di akhbar Sunday Express. Misi beliau ialah untuk mendapatkan liputan […]

4 Bulan Di Amerika: Introspeksi Diri

Kata Buya Hamka, “Saya pergi ke negeri Arab khususnya Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, sudah sepatutnya saya melawat ke Amerika untuk mencari sumber kekuatan akal.” Alhamdulillah, selesai membaca kedua-dua buah jilid, 4 Bulan di Amerika karya Buya Hamka. Sememangnya hasil nukilan Buya Hamka tidak pernah mengecewakan dan sentiasa menghadirkan rasa […]

Kesederhaan Pada Hujan Bulan Juni

Menikmati Hujan Bulan Juni karya Sapardi Djoko Damono ternyata tidak mudah tetapi pasti puas selepas berjaya menamatkan bacaannya. Barangkali, kesukaran untuk menikmatinya kerana bahasa yang digunakan agak sukar difahami bagi pembaca biasa dan baharu.  Hal ini mungkin sedikit berbeza dengan penulisan Hamka, Andrea Hirata, Tere Liye dan sebagainya yang mana lebih popular di Malaysia. Tetapi […]

Mimpi Orang-Orang Biasa

Novel Orang-orang Biasa merupakan karya ke-10 Andrea Hirata. Penulis yang telah berjaya memenangi beberapa anugerah sastera peringkat antarabangsa. Saya tidak pernah sekali pun membaca karya beliau tetapi hanya dengan melihat kulit buku yang tertulis “Orang-orang Biasa”, berjaya menarik minat saya untuk membaca buku ini. Saya menganggap diri saya sebahagian daripada tajuk tersebut, orang biasa.  Secara […]

Guru Aini: Cerita Hebat dan Luar Biasa Matematik

“Karena Pak Tabah sendiri dulu yang bilang, katanya matematika adalah ibu fisika, kimia, komputer, biologi, dan kedokteran….,” kata Aini.  “Maksudmu?!” “Maksudku, mulai sekarang aku harus pandai matematika karena aku mau menjadi dokter ahli, Diah, supaya aku bisa mengobati ayahku” Halaman 81 Banyak faktor dan pendorong yang boleh menjadi sebab kejayaan seseorang. Tiada kejayaan tanpa usaha […]

Buya HAMKA Dan Kisah Pelacur Di Mekah

Setiap hari jiwa kita perlu diisi kerana jiwa ini sentiasa dahagakan sesuatu. Jika diisi dengan celupan yang benar, maka setiap gerak geri ini juga  terhasil yang baik-baik saja. Namun, jika jiwa yang kosong ini diisi dengan perkara yang bukan-bukan, maka buruklah hasilnya. Begitu juga ketika kita mengembara, niat yang baik-baik, pasti dapat menangkap keindahan setiap […]

Isu Pendidikan Dalam Orang-Orang Biasa

Sedari dulu, Andrea Hirata seringkali tampil dengan kisah-kisah perjuangan pendidikan yang mengharukan. Seperti Sang Pemimpi, Laskar Pelangi, Endensor dan Maryamah Karpov, Orang-Orang Biasa turut menyentuh isu yang sama.   Melalui novel ini, gambaran yang diberikan oleh Andrea tentang situasi yang menimpa kebanyakan golongan biasa cukup jelas. Mereka ini datang sekolah tanpa hala tuju yang jelas. […]

Terusir: Sebuah Kritikan Hamka Kepada Masyarakat

Jatuh bangunnya perasaan seorang manusia itu selalu dihubungkan dengan pengalaman hidup yang dilaluinya. Yang pahit ditelan, yang manis dikenang. Kedua-duanya digaul bersama dalam satu adunan memori agar ia tetap diingat hingga ajal menjemput.  Begitulah sedikit sebanyak gambaran awal mengenai buku ini yang akan saya ulas dengan lebih lanjut.  “Terusir” pada asalnya merupakan himpunan cerita yang […]

Resensi buku: Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh gabungan penulis dari Indonesia. Antara penulis buku ini ialah Satria Maulana, Kurniawan Gunadi, Iqbal Hariadi, Mutia Prawitasari dan Novie Octaviane Mufti.  Saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku […]

Meniti Kaca

Meniti Kaca merupakan novel buah tangan Raja Sabarudin Raja Abdullah, seorang bekas pendidik. Novel tersebut yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, diangkat sebagai novel Komponen Sastera ataupun KOMSAS Tingkatan 1 dari tahun 2000 hingga 2009. Secara keseluruhannya, novel ini mengisahkan tentang kehidupan remaja yang mendepani pelbagai konflik kekeluargaan. Masyarakat yang terlibat ialah masyarakat […]

Nalar Kritis Pendidikan Karya Dr. M. Arfan Mu’ammar

“Kualiti pemikiran di masa depan ditentukan oleh kualiti pendidikan saat ini” Demikian sebuah ungkapan penulis pada kulit belakang buku ‘Nalar Kritis Pendidikan’ ini yang terus menarik perhatian saya untuk memilikinya tanpa berfikir panjang. Sebagai seorang pelajar yang sedang berada di lapangan pendidikan, buku ini semestinya sangat dekat dan telah memberikan saya sebuah pandangan dunia (worldview) […]

Resensi Buku: Seni Berfikir Yang Hilang

Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi merupakan seorang tokoh yang profilik dan masyhur di seluruh pelosok dunia. Beliau mengarang banyak buku. Sayangnya antara buku beliau yang tidak popular adalah buku yang diutarakan dalam karangan ini, Thaqafah Al-Da’iyyah. Dalam buku ini, penulis memberi tahu bahawa ada enam perkara yang diutarakan dalam mukadimah berkenaan dengan Seni Berfikir Yang […]

Waktu Operasi Isnin – Jumaat

9.00 a.m. - 5.00 p.m

Penghantaran percuma

Pembelian minimum RM250

Langkah Pembelian Mudah

Pilih → Tambah Ke Troli → Bayar

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa