fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Bukan Salah Syaitan

Saat saya melihat buku ini, sungguh meninggalkan tanda tanya! Mengapa namanya “Falsafah Syaitan”? Benar-benar berbicara segenap kehidupan syaitankah? Atau mahu berbicara tentang falsafah syaitan yang menakutkan? Fuh, seram rasanya memikirkan yang lebih-lebih.

Rupa-rupanyanya, Buya Hamka tetap  juga seorang Buya Hamka: tulisannya penuh hikmah, teratur, berisi dan bernilai! Bukan sekadar pujian tulisannya semata-mata tapi saya benar-benar memaksudkannya, buku ini sungguh bernilai!

Bukunya tidaklah tebal, namun isinya amat mantap! Kisah-kisah yang diceritakan Buya, sungguh meninggalkan kesan. Kisah Koohin, Ghulam, sang haloba; kisah seperti ini sememangnya wujud sehingga kini, untuk kita jadikan pedoman agar kita sentiasa beringat. Oh ya, satu perkara yang wajib kita ingat, saat kita membaca buku, saat kita mendengar kuliah, saat kita mendengar ceramah di YouTube, jangankan pula kita merasakan teguran, peringatan, nasihat yang dberikan itu untuk si fulan, si fulan. Seharusnya, kita yang patut menelan tazkirah itu, untuk diri sendiri, agar kita menjadi versi yang lebih baik kelak. Begitu juga tatkala kita membaca Falsafah Syaitan ini, semoga kita mampu melawan hawa nafsu dan syaitan agar kita sentiasa dinaungi Malaikat dan mendapat tempat di syurga kelak.

Kadang, kita merasakan sangat sukar untuk membaca buku, lagi-lagi buku tarbiyah. Namun, Buya Hamka secara kreatifnya menulis sebuah karya yang membuatkan kita lagi jatuh cinta terhadap Yang Maha Esa, sekali gus menaikkan nilai sudut pandang kita terhadap agama.

Buat jiwa-jiwa yang sedang berperang, kadang kita tersungkur kerana kita berasa penat dan tidak mahu lagi meneruskan perjalanan dek tidak merasakan manisnya perjalanan hidup ini. Namun, kupasan Buya Hamka yang menasihati kita, dalam beberapa hal yang kita sendiri mungkin terlepas pandang, cukup menyentap jiwa!

Peringatan kepada manusia, yang lalai dari dunia, muflis di negeri akhirat, tidak berusaha malah bakhil selepas diberikan nikmat Tuhan; perlahan-lahan syaitan hadir tatkala ia nampak lubang kelemahan di dalam diri kita.

Selalu saja kita berkira-kira, selalu saja kita tidak mengucapkan syukur, selalu saja kita merasakan segala yang kita ada kini hasil daripada usaha kita, selalu saja kita kedekut, selalu saja kita menyalahkan orang lain, hingga akhirnya membuatkan kita jauh daripada Tuhan.

Benarlah, tidak perlu dipanggil pak ustaz untuk mengeluarkan syaitan daripada badan kita tatkala kita sendiri yang membuka ruang dan peluang baik kepada syaitan. Terkesan betul dengan kata-kata Buya,

“Tuan sendiri yang menuju syurga tuan itu dan tuan sendiri yang menuju nerakanya.”

Nah, ternyata kita sendiri yang memilih untuk masuk ke syurga atau neraka. Rupanya, akal yang Tuhan berikan ini sungguh suatu harta yang sangat bernilai! Harta inilah yang diberikan Tuhan untuk memikirkan yang mana satu baik, yang mana satu buruk. Buruknya perbuatan atas pilihan sendiri, baiknya amalan atas pilihan sendiri juga.

Dia Maha Pengampun, menerima taubat hamba-Nya. Cukup tersentuh dengan tulisan Buya yang awalnya menegur salah-silap kebiasaan manusia, akhirnya menceritakan bahawa peluang untuk kembali kepada Dia tetap ada, dan sentiasa ada!

Inilah kehidupan, dari awal kita dilahirkan sehinggalah sebelum mata kita tertutup, setiap saat kita sedang berperang, setiap detik itu kita sedang bermujahadah!

Setiap kali kita merasakan mahu tersungkur, kemudian kita bangkit dan meneruskan hidup, tatkala itulah kita menang melawan syaitan. Dan setiap kali pusingan kehidupan ini berlangsung, tiap kali jatuh, kita bangkit; melahirkan seorang kita pada hari ini, iaitu semakin kuat!

Justeru, proses kehidupan inilah yang dipandang Allah, di mana Dia melihat usaha kehidupan kita, bukanlah sebanyak mana hasil yang kita dapat. Usaha yang dikerah untuk melawan nafsu, tidak bersifat bakhil, menghormati orang tua, menghormati orang sekeliling, mengucapkan syukur ketika harta tidak semewahnya, memberi ketika susah, senyum ketika sedih, menyebarkan kebaikan — inilah ia usaha-usaha yang bakal memberikan kita kekayaan di akhirat sana. Justeru wajiblah kita membina hubungan dengan Sang Pencipta, kerana hidup kita dari Allah kepada Allah.

 

Disediakan oleh,

Jiha Jahari

 


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.