fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Buya HAMKA Dan Kisah Pelacur Di Mekah

Setiap hari jiwa kita perlu diisi kerana jiwa ini sentiasa dahagakan sesuatu. Jika diisi dengan celupan yang benar, maka setiap gerak geri ini juga  terhasil yang baik-baik saja. Namun, jika jiwa yang kosong ini diisi dengan perkara yang bukan-bukan, maka buruklah hasilnya. Begitu juga ketika kita mengembara, niat yang baik-baik, pasti dapat menangkap keindahan setiap langkah pengembaraan kita, pastinya mampu menggugat jiwa menebar kebaikan!

Saat saya membaca karya Di Tepi Sungai Dajlah, saya seolah terpaku dan tidak boleh memberhentikan pembacaan saya. Perasaan ingin tahu semakin tinggi. Usai membaca karya ini, semakin berkobar-kobar rasanya untuk pergi mengembara lagi. Semakin tinggi juga keinginan untuk membaca karya Buya yang lainnya.

 

 

 

Menyelusuri perjalanan Buya Hamka di Iraq, benar-benar membuatkan saya seperti orang yang sedang angau bercinta. Gaya bahasa, cara penceritaan serta ibrah tulisan Buya Hamka ini sudah membuatkan saya jatuh cinta. Jatuh cinta sama tulisan Buya dan jatuh cinta kepada bumi Iraq serta sejarah itu sendiri. Penuh teliti dan halus gaya tulisnya tapi dalam masa yang sama mudah difahami. Penulisannya santai namun penuh nasihat dan hikmah. Kita seolah-olah dipimpin oleh Buya yang meminta kita untuk turut duduk di tepian Sungai Tigris melihat serta merasai kegemilangan, kejatuhan, kesakitan, kebangkitan setiap peristiwa yang pernah terjadi di tanah itu. Terasa benar-benar sampai penceritaan Buya, meresap masuk terus ke dalam hati tatkala membaca satu-persatu huruf yang disusun cantik di dalam buku ini.

Kemewahan ilmu Buya Hamka dalam menceritakan sirah serta sejarah sangat berseni. Pandai Buya menarik hati kita untuk menghayati bacaannya. Kita bagai tidak terasa jauh dengan kisah itu, malah turut mengalirkan air mata tatkala bersedih, tersenyum kecil tatkala ada adegan yang lucu, berkerut tatkala serius. Pendek kata, ini merupakan travelog yang sangat menakjubkan!

Buku Di Tepi Sungai Dajlah ini merupakan sebuah buku pertama karya Buya Hamka yang dibaca oleh saya. Sejujurnya, saya tidak menyangka bahawa travelog Buya Hamka ke Iraq ini mampu digarap sebegini hebat! Tidak pernah lagi saya menjiwai travelog yang sebegini mantap. Tatkala kini ramai yang mampu ke luar negara mengembara namun ramai juga yang tidak mampu mengolah dengan kata-kata agar dapat menyebar manfaat. Travelog sebeginilah yang mampu menggugat jiwa! 

Buku ini jugalah yang menambah minat saya untuk terus membaca karya-karya Buya Hamka yang lain seperti Terusir, Falsafah Syaitan dan Falsafah Ketuhanan. Tidak sabar rasanya untuk membaca karya Buya Hamka yang lain, pastinya mampu memberi input yang sangat baik! 

Berkelana di tempat orang merupakan satu anugerah Tuhan yang sangat indah kerana kita dapat melihat kekuasaan-Nya di serata tempat. Kita pastinya tidak akan kenal budaya, cara hidup, kebiasaan serta perkara-perkara baru di negara orang melainkan dengan pergi ke negara itu sendiri. Barulah kita nampak secara langsung di depan mata akan suasana masyarakat di tempat tersebut. 

Setiap pengembara pasti punya asbab tertentu untuk mengembara. Yang membezakan pengembaraan kita adalah cara pandang. Jika kita melihat sesuatu dengan mata hati, maka itu pastinya memberi makna yang mendalam terhadap perjalanan kita. Jika mengembara sekadar nafsu, maka tiada apa maknanya. Teringat saya akan sebuah kisah: suatu hari Buya Hamka didatangi oleh seorang yang baru pulang dari Mekah, secara tergesa-gesa orang tersebut bercerita kepada Buya bahawa di Mekah ternyata ada pelacur. Dengan tersenyum Buya menanggapi cerita orang tersebut bahwa beliau baru juga dari Los Anggeles dan New York, malah disana tidak dijumpai pelacur, mendengar cerita Buya orang tersebut tidak percaya. Dijawabnya “Ah mana mungkin Buya! Di Mekah ada kok, pasti di Amerika akan jauh lebih banyak lagi.” Lantas Buya berkata bahawa: Ketahuilah oleh dirimu bahwa kita hanya akan dipertemukan dengan apa-apa yang kita cari. Semoga setiap kali kita berkelana di atas bumi Tuhan ini, kita akan menjumpai dengan apa yang kita cari.

 

Disediakan oleh,

Jiha Jahari, 
Alumni Beijing Foreign Studies University

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.