fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Nalar Kritis Pendidikan Karya Dr. M. Arfan Mu’ammar

“Kualiti pemikiran di masa depan ditentukan oleh kualiti pendidikan saat ini”

Demikian sebuah ungkapan penulis pada kulit belakang buku ‘Nalar Kritis Pendidikan’ ini yang terus menarik perhatian saya untuk memilikinya tanpa berfikir panjang. Sebagai seorang pelajar yang sedang berada di lapangan pendidikan, buku ini semestinya sangat dekat dan telah memberikan saya sebuah pandangan dunia (worldview) yang kritis terhadap landskap pendidikan semasa di negara kita. Walaupun buku ini berasal dan banyak memberikan situasi dari negara tetangga kita iaitu Indonesia, namun sekurangnya ia menuang secercah pencerahan dan telah menjawab rintihan-rintihan hati kecil saya tentang pendidikan yang megah dilaungkan sebagai senjata sebuah ‘madani’. Saya akan membawa anda untuk menelusuri setiap huruf yang dituangkan oleh Dr. M. Arfan Mu’ammar, seorang aktivis pendidikan merangkap seorang pensyarah di Universitas Muhammadiyah Surabaya, Indonesia dalam buku ini.

 

 

 

Perbahasan dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian yang disusun secara sistematik. Pertama, penulis membawakan kita tentang pembelajaran secara teoritikal. Saya pasti sekiranya anda sudah mengambil subjek KPD3016 semasa berada di semester 4 atau 5, maka nama-nama seperti John Broadus Watson, Ivan Pavlov, Thorndike dan Abraham Maslow memang sudah tidak asing lagi dengan teori-teori pembelajaran mereka. Penulis mengupas secara tuntas tentang teori behaviorisme, kognitif, humanistik dan konstrukvitisme kemudian cuba untuk memberikan ruang kepada pembaca sendiri untuk menilai serta membandingkan keberkesanan setiap teori. Dalam banyak teori yang dibahaskan, saya lebih cenderung dengan pendekatan Teori Humanistik yang menjadikan pendidikan sebagai wadah memanusiakan manusia seperti petikan ungkapan Immanuel Kant, “man can become man through education only”. Melalui pendekatan Humanistik, segala proses pembelajaran hendaklah dipusatkan kepada manusia itu sendiri; ‘Reward’ yang memanusiakan dan ‘punishment’ yang memanusiakan. Dengan itu, manusia akan lahir sebagai manusia sejati. Namun, teori hanyalah sebuah teori sebelum ianya berani diimplementasikan.

Kemudian, bahagian kedua dalam buku ini membawa kita untuk melihat pelbagai ragam persoalan pendidikan semasa yang perlu dicermati oleh pembaca. Antara persoalan yang menarik perhatian saya secara peribadi ialah tajuk ‘Jangan Silau dengan Prestasi Sekolah’. Melalui tajuk ini, penulis telah mengupas tentang isu kredibiliti sebuah sekolah yang menjadi alat pertimbangan ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke sesebuah sekolah tersebut. Sudah tentulah, setiap ibu bapa ingin memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan dari sebuah sekolah yang terbaik dan mereka sanggup membayar banyak untuk itu. Namun, apa sebenarnya sebuah indikator sebuah sekolah yang baik? Apakah memadai dengan ‘ranking’ sekolah di dalam sesebuah negara? Ataupun kelengkapan kemudahan pembelajarannya yang kondusif? Sudah tentu tidak! Inilah yang berlaku sekiranya ibu bapa melihat pendidikan itu sebagai sebuah ‘pertandingan’. Walhal, pendidikan ialah sebuah medium pencerahan yang ingin melahirkan masyarakat yang celik lingkungannya. Bukankah belian hanyalah sebuah batu yang tidak bernilai sebelum digilap? Kita seringkali terperdaya dengan pencapaian atau hasil sehingga lupa dengan proses yang membentuknya. Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bijak mempertimbangkan pilihannya sebelum membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan ‘prestasi tahunan’ dan ‘kelengkapan kemudahan’ sekolah sahaja sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang semata untuk menyekolahkan anak mereka di sesebuah sekolah walaupun menelan kos yang tinggi.

 

 

 

Bahagian dua terakhir buku ini adalah bab kegemaran saya ketika membaca buku ini iaitu berkaitan ‘Persoalan Sosiologis dalam Pendidikan’. Menerusi dua bahagian akhir ini, penulis berjaya mengetengahkan strategi-strategi pembangunan karakter yang bertepatan dengan simbolik ‘revolusi mental’. Sedar atau tidak, banyak pihak yang menjadikan pendidikan sebagai sebuah alat perniagaan. Apakah tidak keterlaluan sekiranya saya memanggil mereka ini sebagai ‘penunggang pendidikan’? Paulo Friere dalam karangan terkenalnya bertajuk ‘Pedagogy of the Opressed’ telah mengkritik keras golongan yang menjadikan pendidikan sebagai sebuah komoditi. Beliau juga mengkritik tenaga pengajar yang hanya menjadikan sebuah proses pembelajaran sebagai ‘transfer of knowledge’ semata sehingga mengabaikan aspek afektif dan psikomotor. Beliau menggelarkan situasi ini sebagai sebuah penindasan atas nama pendidikan. Apa kurangnya dengan golongan politikus yang menjadikan pendidikan sebagai alat untuk meraih undi. Pelajar-pelajar atau lebih tepatnya mahasiswa khususnya telah dikumpul dan didoktrinkan dengan fahaman kelompok politik tertentu dalam program-program yang hanya ‘sedap pada nama’ namun terselit agenda kotor. Parasit-parasit sebeginilah yang akan perlahan merosakkan landskap pendidikan di sesebuah negara termasuk Malaysia.

Secara konklusinya, saya sangat menyarankan buku ini kepada para tenaga pengajar dan pelajar khususnya. Dengan mendukung makna ‘pendidikan’ yang terpahat gah di lencana kita, maka seharusnya pendidikan itu kita amati dan selami maknanya. Pendidikan bukannya semata untuk menjadikan pelajar pencetak gred ‘A’ di dewan peperiksaan, namun ianya perlu menjadikan manusia yang bermanusiawi agar sentiasa menjadikan lingkungan sosialnya sebagai kiblat mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Walaupun buku ini banyak membawa situasi-situasi yang sedang berlaku di Indonesia, namun ia tetap menjadi sebuah cerminan yang baik khususnya terhadap institusi pendidikan di negara kita, Malaysia. Oleh sebab itu, marilah kita bersama mencorak perubahan walaupun hanya bermula dengan melangkahkan kaki ke kedai buku untuk mencari buku ini.

 

Pengulas,

Ilham bin Yusuf
Peserta Write @ Home
Persatuan Nastia Youth Club

 

 


Rujukan Silang:

  1. Haidar Baqir (2019). Memulihkan Sekolah Memulihkan Manusia. Bandung: PT Mizan Pustaka
  2. Paulo Freire (2007). Pendidikan Kaum Tertindas (Pedagogy of the Opressed). Jakarta: LP3ES
    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.