Khairul Hakimin Muhammad
5 Jul 2026
Apabila membaca Terusir, kita memahami bagaimana bijaknya Buya bercakap soal fitnah, aniaya, khianat, percaya dan kejamnya banyak manusia. Kadang terfikir bagaimana Buya boleh sefaham itu, Terusir sukar nak dihadam sekali, menangisnya banyak, sedihnya berlambak, tidak sejalur dengan Tenggelamnya Kapal Vandervict, sekali baca, faham selalu. Ini tidak, jadi koleksi untuk menambah baik faham perasaan dan jiwa, inilah judulnya. Terusir.














