Troli

MENGHARMONIKAN AGAMA DAN FALSAFAH

Fasl al-Maqalti mà Bayna al-Hikmah Wa al-Shari'ah min al-Ittisal adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai 'batu asas' kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahāfut al-Tahäfut. Buku ini diterjemahkan dengan tajuk Mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain - yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut. Tetapi Fasl al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali. Sebuah karya yang sangat wajar untuk ditelaah oleh orang awam mahupun para ilmuan. Perbahasan-perbahasan di dalamnya adalah malar segar dan wajar untuk diwacanakan di ruang-ruang awam mahupun kelompok-kelompok intelektual. Ya, karya ini ringkas, tetapi percayalah, ia sarat dengan ilmu. Walaupun Ibn Rushd menulis karya ini dalam medan ruang-masa yang spesifik, idea-ideanya masih relevan untuk diwacanakan sesuai dengan perkembangan ilmu hari ini.

Out of stock

Tajuk: Mengharmonikan Agama dan Falsafah
ISBN:9789671897638 Penerbit: Bilblio Press Penulis: Ibn Rusyd
Terjemahan: Sophia Liebe
Tahun Terbitan: 2021 Muka Surat: 124
Halaman: Hitam Putih Format: Hardcover
TBR
[addtoany]
Share
Like
Ulasan pembeli Tulis ulasan, earn points!
Bantu pembeli lain buat pilihan yang tepat
-
0 ulasan
Tulis ulasan anda
✦ Earn 10 loyalty points setiap ulasan yang diluluskan
Memuatkan ulasan...
Mungkin Awak Suka Juga 📚
Semua →

RM30.00 RM27.00

JT Books Footer
⭐ JT BOOKMATES ⭐
"Jejak-jejak Penuh Inspirasi"
Sertai komuniti pembaca eksklusif kami
🎁 Diskaun pesanan pertama | ⭐ Mata setiap pembelian | 📚 Akses awal buku baru | 🎉 Diskaun ulang tahun
⭐ Sertai Bookmates Percuma →
DISKAUN RM5
Beli buku pertama anda hari ini
})