fbpx
Your Cart

011-2906 2609

Pos berjalan setiap hari kecuali Sabtu & Ahad

Bagaimana Mengekalkan Motivasi Dalam Membaca?

Buku Membaca: Motivasi Dan Kaedah karya Zaini Ujang mendedahkan 1001 rahsia serta tips berkaitan membaca selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan, termasuk kaedah luncuran (skimming) serta imbasan (scanning) yang akan membolehkan para pembaca membaca sehingga 20,000 patah perkataan.  Penulis membahagikan kepada 10 bab di mana ia terdiri daripada bab 1 masyarakat membaca masyarakat berilmu, bab 2 […]

Isu Pendidikan Dalam Orang-Orang Biasa

Sedari dulu, Andrea Hirata seringkali tampil dengan kisah-kisah perjuangan pendidikan yang mengharukan. Seperti Sang Pemimpi, Laskar Pelangi, Endensor dan Maryamah Karpov, Orang-Orang Biasa turut menyentuh isu yang sama.   Melalui novel ini, gambaran yang diberikan oleh Andrea tentang situasi yang menimpa kebanyakan golongan biasa cukup jelas. Mereka ini datang sekolah tanpa hala tuju yang jelas. […]

Terusir: Sebuah Kritikan Hamka Kepada Masyarakat

Jatuh bangunnya perasaan seorang manusia itu selalu dihubungkan dengan pengalaman hidup yang dilaluinya. Yang pahit ditelan, yang manis dikenang. Kedua-duanya digaul bersama dalam satu adunan memori agar ia tetap diingat hingga ajal menjemput.  Begitulah sedikit sebanyak gambaran awal mengenai buku ini yang akan saya ulas dengan lebih lanjut.  “Terusir” pada asalnya merupakan himpunan cerita yang […]

Resensi Buku: Seni Berfikir Yang Hilang

Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi merupakan seorang tokoh yang profilik dan masyhur di seluruh pelosok dunia. Beliau mengarang banyak buku. Sayangnya antara buku beliau yang tidak popular adalah buku yang diutarakan dalam karangan ini, Thaqafah Al-Da’iyyah. Dalam buku ini, penulis memberi tahu bahawa ada enam perkara yang diutarakan dalam mukadimah berkenaan dengan Seni Berfikir Yang […]

Kuasa Iqra : Menguasai Dunia, Menikmati Akhirat

Hamka dalam tafsirnya, Al-Azhar (1965) memuatkan pandangan Ibnu Kathir mengenai keberkatan pangkal surah Al-Alaq yang bermula dari ayat 1 hingga 5. Pangkal ayat yang bermula dengan perkataan Iqra‘ ini memaparkan nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada manusia yang bermula daripada kecerdasan akal, sekaligus memenangkan umat manusia ini dari segi keilmuan dan pengetahuan berbanding makhluk-makhluk yang […]

10 Tips Memupuk Tabiat Suka Membaca

Malaysia ke arah gelombang memupuk masyarakat menerapkan amalan dan budaya membaca. Purata atau bilangan buku yang dibaca dianggarkan meningkat meskipun perlahan masih tidak mampu menyaingi negara-negara Eropah. Kita kerap dilaungkan dengan pepatah melayu yang berbunyi “membaca itu jambatan ilmu”. Namun, kesedaran membaca ini tetap kurang mendapat perhatian oleh sebahagian walaupun kita tahu membaca mempunyai nilai […]

Kembali Jatuh Cinta Dengan Pembacaan

Apabila bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk mengisi masa lapang di rumah dengan aktiviti pembacaan. Saya juga tidak terkecuali. Beberapa syarikat penerbitan buku juga membuat jualan buku atas talian bagi menggalakkan pembelian buku, dan seterusnya menambah senarai buku untuk dibaca sepanjang tempoh PKP yang, […]

Budaya Membaca di Rumah

Saya sering ditanya apabila menyampaikan ceramah kepada ibubapa berkaitan dengan pendidikan anak-anak dan kepentingan ilmu. Walaupun saya terlalu muda pada usia dan pengalaman hidup. “Ustaz, bagaimana hendak membudayakan tabiat membaca anak-anak di rumah? Susah, kadang-kadang televisyen lebih diutamakan,” keluh seorang ibu yang melebihi usia saya. Dalam meleraikan persoalan ini, saya suka mencadangkan kepada sesiapa sahaja […]

Usah Takut Membaca Buku Indonesia! Kita Ada Andrea Hirata

Telinga ini terngiang-ngiang nama ‘Andrea Hirata’ di merata-rata tempat. Anak muda yang rata-rata peminat novel, mesti tidak asing dengan nama Andrea Hirata ini. Aku jujurnya – jika aku boleh bermegah di ruangan ini – pengikut novelis Indonesia dari abad ke-21. Aku pernah saja mendengar nama Tere Liye, Dee Lestari, Eka Kurniawan, A. Fuadi, Okky Madassari. […]

Raja Kuno Yang Ulat Buku Dan Perpustakaan Yang Hilang Ribuan Tahun

Ashurbanipal (juga disebut sebagai Assurbanipal dan Asurbanipal) merupakan seorang raja dari kerajaan Assyria yang memerintah pada 668 sehingga 627 BC. Pusat pemerintahannya adalah di Nineveh yang sekarang adalah Iraq. Nineveh merupakan pusat pemerintahan kerajaan Assyria yang merupakan empayar terbesar di dalam sejarah manusia. Ia meliputi seluruh kawasan Mediterranean ke Babylon.  Bapa Ashurbanipal bernama Raja Esarhaddon. […]

Membaca Jendela Dunia

“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah SWT akan melorongkan baginya jalan ke syurga.’’sabda Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya sebagai manusia, kita bukan makhluk sempurna, malah istilah ‘ insan’ atau manusia itu sendiri dalam bahasa Arab berkait rapat kata dasar ‘lupa’. Maksudnya, sebagai manusia, kita mempunyai banyak kelemahan, termasuk lupa, cuai, alpa, malas, […]

Tsundoku:Tantangan atau Pemangkin?

“Tsundoku adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada perbuatan mengumpul buku-buku di rumah tanpa membacanya. Ia merupakan gabungan perkataan tsunde-oku dan dokusho. Tsunde-oku bermaksud melonggokkan sesuatu barang dan meninggalkannya manakala dokusho ertinya membaca buku. Perkataan tsundoku telah wujud sejak era pemerintahan Maharaja Meiji iaitu sekitar tahun 1868 hingga 1912.” Petikan buku Projek Bibliofil, Dr […]

COVID-19: MABOPA, MBKM sepakat tangguh PBAKL 2020.

Semenjak wabak COVID-19 atau Virus Korona menular dan merebak dari induknya, Wuhan, di China ke lebih 80 buah negara, warganegara dan netizen menjadi begitu panik dan risau oleh kerana data penghidap wabak ini kian bertambah dan sebahagian mereka meninggal dunia. Malaysia dengan 55 kes (setakat semalam) cukup memberikan cemas kepada rakyat. Kecemasan ini ditambah dengan […]

The Library at Night: Sebuah Pengembaraan Pencinta Buku

Pada kurun ke-15, terdapat sebuah kisah di kota Ouadane mengenai seorang pengemis yang muncul di pintu gerbang kota dalam keadaan kelaparan dan dengan pakaian yang menyedihkan. Pengemis ini telah dibawa ke masjid, diberi makan, diberi pakaian namun begitu tiada sesiapa berjaya memujuknya untuk mendedahkan namanya dan dari mana asalnya. Hanya satu hal yang dibuat oleh […]

Andrea Hirata Lancar Novel Baharu, Angkat Tema Matematik.

“Menovelkan Matematika terbukti memberiku tantangan paling unik selama 15 tahun menjadi pengarang.” Setelah berjaya dengan novel Orang-Orang Biasa (2019), kini Andrea Hirata kembali menyapa para pembaca melalui karya terbaharunya yang bertajuk Guru Aini. Bermula debut awalnya dengan novel Laskar Pelangi, Andrea menyatakan Guru Aini merupakan novel pertamanya yang mengambil perspektif seorang guru. Novel Guru Aini […]

Andrea Hirata sedia terbitkan karya asalnya.

“Maka, anak-anak itu tak pernah punya cita-cita sebab mau belajar saja susah. Perlengkapan sekolah selalu tak lengkap dan saban hari tak ada hal lain selain soal berjuang menyambung hidup.” Ayat tersebut merupakan petikan daripada salah satu buku Andrea Hirata iaitu Orang-Orang Biasa. Bagi pembaca karya Andrea seperti Tetralogi Laskar Pelangi, pastinya sudah tidak asing lagi […]

Kegilaan para ulama terhadap buku

Hebatnya suatu peradaban apabila tamadun itu mencapai kemuncak kegemilangannya dengan membudayakan ilmu dalam kehidupan seharian. Para salafus soleh begitu mencintai ilmu dan memuliakan buku.

Lokasi Pencinta Buku Wajib Pergi Bila Mengembara ke Tokyo

Andai ditanya bangsa manakah yang menepati slogan “Bangsa membaca, bangsa berjaya”, antara yang tersenarai dalam jawapan adalah bangsa Jepun. Selain kerajinan, kesantunan, menjaga kebersihan, dan budaya menepati masa, bangsa Jepun juga sinonim sebagai bangsa yang menjadikan membaca buku sebahagian daripada budaya mereka.

5 Tips Menjaga Buku

Di era moden ini, seringkali kita melihat orang tidak pandai menjaga dan memelihara buku dengan baik atau digelar ‘bookmonster’ oleh sebahagian pencinta.

Waktu Operasi Isnin – Jumaat

9.00 a.m. - 5.00 p.m

Penghantaran percuma

Pembelian minimum RM250

Langkah Pembelian Mudah

Pilih → Tambah Ke Troli → Bayar

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa