fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Andrea Hirata Lancar Novel Baharu, Angkat Tema Matematik.

“Menovelkan Matematika terbukti memberiku tantangan paling unik selama 15 tahun menjadi pengarang.”

Setelah berjaya dengan novel Orang-Orang Biasa (2019), kini Andrea Hirata kembali menyapa para pembaca melalui karya terbaharunya yang bertajuk Guru Aini.

Bermula debut awalnya dengan novel Laskar Pelangi, Andrea menyatakan Guru Aini merupakan novel pertamanya yang mengambil perspektif seorang guru.

Novel Guru Aini yang merupakan prekuel bagi novel Orang-Orang biasa telah sempurna dilancarkan semalam (2 Feb 2020) di Kemang, Jakarta Selatan.

Sinopsis Guru Aini

Guru Aini mengisahkan tentang idealisme seorang guru Matematik yang mengajar di daerah terpencil bernama Bu Desi.

Andrea menceritakan bahawa Bu Desi mempunyai obsesi untuk bertemu dengan seorang murid yang genius Matematik.

Namun, Matematik pula menjadi sumber stress bagi Bu Desi. Ternyata tidak mudah mengajar matematik di sekolah di daerah terpencil.

“Apalagi ketika Bu Desi bertemu Aini, seorang anak dengan daya tangkap yang rendah dengan matematika, tetapi memiliki daya juang yang tinggi.

“Bu Desi harus mencoba berbagai macam cara dan metode agar demi memahamkan matematika pada Aini.

“(Di dalam buku) Bu Desi bilang ‘matematika untuk anak yang pemberani. Kalau bicara matematika, banyak yang menyerah sebelum bertanding’,” ujar Andrea Hirata.

Penelitian dan penyelidikan dua tahun

Andrea Hirata mengaku bahawa beliau memerlukan sekitar dua tahun untuk melakukan penelitian dan penyelidikan terhadap novel Guru Aini.

Bagaimanapun untuk menuangkan kisah Guru Aini ke dalam sebuah tulisan, Andrea hanya memakan masa selama dua minggu.

“Lama risetnya (hampir dua tahun, nulisnya itu dua mingguanlah,” kata Andrea dengan santai.

Andrea juga menyifatkan sulitnya menginterpretasikan kalkulus ke dalam bahasa novel.

“Jadi setelah menulis novel, ini memang tantangan paling sulit, novel yang paling sulit adalah Guru Aini,” ungkap Andrea.

Pengasas Jejak tarbiah, Puan Saadiah Ali bersama Andrea Hirata dalam majlis pelancaran novel Guru Aini

Kejutan istimewa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020.

Sebagai menghargai para peminat Andrea Hirata di Malaysia, Jejak Tarbiah bakal membawa penulis magikal itu hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 di PWTC.

Selain membawa naskah Guru Aini yang baharu, Andrea juga akan melancarkan novel Orang-Orang Biasa versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terbitan Jejak Tarbiah.

Jadi buat semua peminat Andrea, jangan lepaskan peluang bertemu mata bersama beliau Mac nanti.

 

Pesanan Box Set dan  Novel Guru Aini 

Bagi teman-teman Jejak Tarbiah yang masih ingin mendapatkan Box Set lengkap karya Andrea Hirata (kompilasi lengkap karya Andrea Hirata tanpa suntingan editor) atau Novel Guru Aini terbaharu boleh klik pada pautan di bawah.

bit.ly/andrea2020

“Orang-orang itu telah melupakan bahwa belajar tidaklah melulu untuk mengejar dan membuktikan sesuatu, namun belajar itu sendiri, adalah perayaan dan penghargaan pada diri sendiri.”
-Andrea Hirata-
    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.