fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Tsundoku:Tantangan atau Pemangkin?

Tsundoku adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada perbuatan mengumpul buku-buku di rumah tanpa membacanya. Ia merupakan gabungan perkataan tsunde-oku dan dokusho. Tsunde-oku bermaksud melonggokkan sesuatu barang dan meninggalkannya manakala dokusho ertinya membaca buku. Perkataan tsundoku telah wujud sejak era pemerintahan Maharaja Meiji iaitu sekitar tahun 1868 hingga 1912.” Petikan buku Projek Bibliofil, Dr Zahrah Yunos. 

Untuk golongan pencinta buku, mereka pasti sudah mengetahui istilah tsundoku. Atau dengan terjemahan yang lain, keinginan mengumpul buku tetapi sayangnya tidak berkesempatan untuk membaca buku-buku tersebut. Semua pencinta buku pernah mengalami situasi ini, dimana kita disibukkan dengan membeli dan mengumpul buku-buku baru sehingga mengabaikan buku-buku sedia ada yang sedang beratur untuk dibaca oleh pemiliknya. Akibatnya kita hanya leka menambah koleksi buku sahaja.

Fenomena mengumpul buku ini lahir daripada kuasa membeli buku yang semakin senang digapai oleh para pembaca. Saya juga pernah mengalaminya. Keinginan yang menggebu-gebu untuk membeli buku tidak dapat dihalang. Padahal, sudah banyak koleksi buku yang dibeli sebelum ini, hanya menunggu masa untuk dibaca. Mudah sungguh gabungan kertas bertulis ini menggoda manusia. Belum lagi diambil kira perihal kulit dan tajuk buku yang begitu menarik perhatian. Tambahan pula kebanyakan kedai buku mempamerkan buku-buku terbaru atau best seller pada bahagian paling atas  rak buku. Siapa yang tidak tergoda, agaknya dia bermasalah dalam menilai sesuatu perkara.

Apakah penyebab terjadinya tsundoku? Ia mungkin berbeza bagi setiap individu. Setiap orang mempunyai alasan yang tersendiri kenapa mereka terjebak ke dalam kancah tsundoku ini. Antaranya ialah keghairahan terhadap kedai buku dan isinya. Walaupun kenyataan tersebut sedikit hiperbola, kewujudan golongan seperti ini tidak dapat  disangkal lagi. Ada juga golongan yang sanggup menambah agenda untuk singgah ke kedai buku setiap kali keluar membeli belah. Aroma buku yang tersusun indah meningkatkan lagi keinginan untuk membelek buku yang menarik minat sehingga kaki akhirnya melangkah ke kaunter pembayaran dan keluar dengan sebuah buku baru dalam genggaman. Oh, baru teringat rupa-rupanya masih ada buku yang belum dibaca. Tidak mengapa, simpan dahulu kemudian baru baca!

Benar telahan kita bahawa kedai buku dan segala isinya menjadikan minda manusia tidak mampu berfikir secara waras. Timbul sahaja godaan demi godaan, iklan demi iklan di media sosial dan tidak kalah juga dengan pengurangan harga untuk buku-buku yang terpilih. Siapa  tidak suka harga buku yang jauh lebih murah daripada biasa. Kesudahannya, kita melupakan koleksi buku-buku sebelum ini, malah ada yang belum dibuka bungkusan pembalutnya dek kerana kita terlalu asyik membeli dan mengumpul buku-buku diluar minda sedar. Paling menyedihkan sekiranya buku yang baru dibeli sudah ada di rumah. Hanya kita yang terlepas pandang akibat dimomokkan oleh agenda membeli dan mengumpul buku. 

Selain itu, golongan tsundoku juga cepat terpengaruh dengan review buku daripada pembaca lain yang mendorong mereka untuk mendapatkan sesebuah buku walaupun hakikatnya ia tidak menjadi keperluan utama untuk memiliki buku tersebut. Oleh itu, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan menanggung beban dengan hanya menjadi pengumpul buku.

 

 

Bagaimana para pencinta buku boleh mengatasi ecstasy tsundoku ini? Keinginan membeli dan mengumpul buku memang seharusnya dipuji. Sekurang-kurangnya kewangan kita tidak mengalir terhadap sesuatu yang tidak berfaedah. Tetapi kalau sekadar membeli dan mengumpul buku tanpa komitmen untuk membacanya, kecintaan kita kepada syurga buku masih perlu dipertingkatkan. 

Mengehadkan pembelian buku. Setiap manusia sentiasa peka terhadap rentak hidup dan kemampuan diri sendiri. Sekiranya kita adalah seorang tsundoku yang tegar, berkeras kepada diri untuk tidak membeli buku baru jika tidak menghabiskan bacaan buku yang sedia ada. Tanamkan tekad untuk “berpuasa” daripada membeli buku. Seandainya kita tidak mampu menahan nafsu membeli buku, berusaha untuk menyemak kembali senarai buku-buku yang sudah pun dikumpul. Ingat, perjalanan kita masih jauh untuk mendekati dan membelai kesemua buku-buku tersebut. Setelah berjaya melaksanakan puasa membeli buku, kita akhirnya bebas daripada gejala mengumpul buku di rumah. Mudah sahaja formulanya, kalau tidak membeli buku, kita tidak mengumpul buku.

Saya tahu sukar untuk tsundoku tegar melepaskan kesukaan mereka membeli dan mengumpul buku. Tetapi sampai bila kita akan mempraktikkan cara hidup sedemikian? Mulailah membahagikan masa dengan sebaik-baiknya untuk membaca. Membeli dan mengumpul buku tidak sukar. Pilih sahaja buku yang menarik hati dan bayar. Nah, buku tersebut sudah menjadi hak milik kita sepenuhnya dan koleksi buku kita semakin bertambah! Hanya tinggal kemahuan dan keinginan kita yang tidak berbelah bahagi untuk membaca buku-buku tersebut. Ingat perjanjian kita tadi, tiada buku baru kalau buku lama masih belum selesai dibaca.

Tuntasnya, tidak menjadi suatu kesalahan untuk berperanan sebagai seorang yang gila buku, tetapi jangan pula kita bergelumang dengan buku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tsundoku, mungkin sahaja ia menjadi tantangan yang hebat kepada sang pencinta buku, bahkan ia juga mampu bertindak sebagai “booster” atau pemangkin untuk melengkapkan bacaan semua buku yang dikumpul sehingga ke helaian terakhir. Sudah ada di hadapan mata, siapa yang tidak terpedaya. Maka, ambil sahaja dan mulakan pembacaan dengan tenang dan tenteram. Membaca, mulakan sekarang jangan tunggu akan datang. Selamat menjadi tsundoku yang bertauliah dan berdisplin. Selamat mengumpul buku, tetapi jangan lupa untuk membacanya!

Wan Hasni Syakila Wan Omar,
DA Group, MQ Department,
SOEM KL.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.