fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Andrea Hirata sedia terbitkan karya asalnya.

“Maka, anak-anak itu tak pernah punya cita-cita sebab mau belajar saja susah. Perlengkapan sekolah selalu tak lengkap dan saban hari tak ada hal lain selain soal berjuang menyambung hidup.”

Ayat tersebut merupakan petikan daripada salah satu buku Andrea Hirata iaitu Orang-Orang Biasa. Bagi pembaca karya Andrea seperti Tetralogi Laskar Pelangi, pastinya sudah tidak asing lagi membaca kisah bertemakan pendidikan.

Novel Orang-Orang Biasa ternyata mengambarkan secara jelas situasi dan kondisi dunia pendidikan bagi anak-anak yang tidak bernasib baik. Andrea dan karya-karyanya selalu berhasil mengangkat kisah yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Novel Orang-Orang Biasa

 

Karya Asal Andrea Hirata.

Pernahkah kita membayangkan bagaimana jika sebuah novel digarap tanpa sentuhan editor? Ya, kita semua akan menemukan jawapannya pada buku-buku terbaru Andrea yang akan diterbitkan dalam masa terdekat ini. Novel tersebut merupakan buah fikiran murni daripada Andrea.

Kemampuan beliau dalam menghasilkan karya-karya fenomenal tentu tidak diragukan lagi, sehingga meski lepas dari tangan editor, karyanya tetap dapat menjadi sebuah kisah yang membekas dalam benak pembaca.

Siri asal itu terdiri daripada enam karya lama Andrea versi asal serta sebuah karya baru yang juga mengangkat tema pendidikan sebagai fokus utamanya.

Lebih menarik, karya terbarunya itu merupakan prekuel Orang-Orang biasa, Yeah!

Bertemakan Kaum Marginal

Seperti karya-karya sebelumnya, kali ini di novel terbaru Andrea juga menyentuh kaum marginal, terutama profesion seorang guru.

Buku terbarunya mengisahkan tentang idealisme seorang gadis yang ingin menjadi guru Matematik di sekolah kampung. Gadis yang dimaksud dalam novel itu tentu saja pernah disebut dalam Orang-Orang Biasa.

Adakah pembaca Orang-Orang Biasa boleh menekanya?

Bakal Terbit Orang-Orang Biasa versi Bahasa Melayu dan Inggeris

Walau bagaimanapun, siri karya asal dan novel terbarunya itu belum diterbitkan lagi. Jadi teman-teman Jejak Tarbiah boleh membaca novel Orang-Orang Biasa terlebih dahulu.

Khabar yang lebih gembira adalah, Jejak Tarbiah bakal menerbitkan Orang-Orang Biasa dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memudahkan pembaca Malaysia menikmati karya magikal ini.

Bila terbit? Tak lama teman-teman, jumpa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 nanti ya.

 

 

 

Disunting daripada artikel Bentang Pustaka.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.