Jika dalam perang tipu daya diperbolehkan, jangan pula menganggap bahawa medan tempur politik adalah sejuzuk daripada perang untuk menghalalkan tipu daya. Walaupun sikap itu sangat berleluasa. “tidak ada musuh dan kawan yang akan kekal sejati dalam politik”. Hari ini kita berkawan, tidur berbantal lengan rakan juang, esok dah berantakan dah bercakaran sehingga calar balar, ungkit […]
Author: Muhammad Zaim
COVID-19: MABOPA, MBKM sepakat tangguh PBAKL 2020.
Semenjak wabak COVID-19 atau Virus Korona menular dan merebak dari induknya, Wuhan, di China ke lebih 80 buah negara, warganegara dan netizen menjadi begitu panik dan risau oleh kerana data penghidap wabak ini kian bertambah dan sebahagian mereka meninggal dunia. Malaysia dengan 55 kes (setakat semalam) cukup memberikan cemas kepada rakyat. Kecemasan ini ditambah dengan […]
The Library at Night: Sebuah Pengembaraan Pencinta Buku
Pada kurun ke-15, terdapat sebuah kisah di kota Ouadane mengenai seorang pengemis yang muncul di pintu gerbang kota dalam keadaan kelaparan dan dengan pakaian yang menyedihkan. Pengemis ini telah dibawa ke masjid, diberi makan, diberi pakaian namun begitu tiada sesiapa berjaya memujuknya untuk mendedahkan namanya dan dari mana asalnya. Hanya satu hal yang dibuat oleh […]
Andrea Hirata Lancar Novel Baharu, Angkat Tema Matematik.
“Menovelkan Matematika terbukti memberiku tantangan paling unik selama 15 tahun menjadi pengarang.” Setelah berjaya dengan novel Orang-Orang Biasa (2019), kini Andrea Hirata kembali menyapa para pembaca melalui karya terbaharunya yang bertajuk Guru Aini. Bermula debut awalnya dengan novel Laskar Pelangi, Andrea menyatakan Guru Aini merupakan novel pertamanya yang mengambil perspektif seorang guru. Novel Guru Aini […]
Mutiara pesan dalam teka-teki Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali merupakan seorang ulama’ yang mahsyur. Begitu banyak pesanan beliau yang amat berguna dalam menjalani kehidupan dunia mahupun akhirat. Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali telah memanggil anak-anak didikannya. Setelah berkumpul kesemua pelajarnya, beliau telah bertanya kepada mereka akan beberapa soalan. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Beliau bertanya kepada semua […]
Andrea Hirata sedia terbitkan karya asalnya.
“Maka, anak-anak itu tak pernah punya cita-cita sebab mau belajar saja susah. Perlengkapan sekolah selalu tak lengkap dan saban hari tak ada hal lain selain soal berjuang menyambung hidup.” Ayat tersebut merupakan petikan daripada salah satu buku Andrea Hirata iaitu Orang-Orang Biasa. Bagi pembaca karya Andrea seperti Tetralogi Laskar Pelangi, pastinya sudah tidak asing lagi […]
Memetik Untaian Hikmah daripada ‘Tetamu Tuhan 50 Hari’
Tetamu Tuhan 50 Hari mengisahkan seorang pemuda bernama Wasim yang menunaikan ibadah Haji selama 50 hari di Tanah Suci Mekah. Wasim yang merupakan seorang anti sosial, perokok tegar dan tidak menjaga solat serta menjalani kehidupan yang terumbang-ambing sebagai peniaga atas talian terkejut apabila mengetahui dirinya tersenarai sebagai salah seorang jemaah Haji pada tahun tersebut. Tambah mengejutkan lagi, kos dan perbelanjaannya juga ditanggung.
Mensyariahkan Manusia
Syariah Islamiah bukanlah satu istilah yang asing bagi masyarakat melayu Islam umumnya, tetapi ia hanya terbatas di dalam ruang fardu ain sahaja. Menurut Iman al-Qurtubi dalam tafsirnya syariah Islamiah ialah: “لاحكام التي شرعها الله لعباده سواء أكان تشريع هذا الأحكام بالقران أم بسنة النبي محمد من قول أو فعل أو تقرير” Ertinya: Hukum ahkam yang […]
Ejen Ali The Movie: Mencerap Sisi Pengajaran
Sebagai seorang anak tempatan, rasa kagum dan bangga muncul di hati penulis ketika melihat filem animasi sebegini dihasilkan. Jalan cerita yang gempak, muzik iringan yang padu ditambah pula dengan rekaan grafik dan konsep 3D modelling yang bergaya menambat hati penulis, rakan-rakan dan para penonton yang lain.
Cerpen: Di Bawah Meja Kopi
Akhbar di atas meja Kopitiam Arsad itu diambil Khalid lalu dibacanya. Waiter di kopitiam tersebut datang kepadanya lantas dia menjawab “macam biasa ye dik.” Sehelai demi sehelai akhbar itu dibacanya. Khalid mencari berita yang ditulis oleh rakan sekerjanya, Amru dalam akhbar tersebut.
Adakah Tuhan Bersifat Sadistik?
Terdapat satu video berkenaan Dr Zakir Naik ketika beliau menyampaikan ceramah di negara Indonesia telah menarik perhatian saya. Ini kerana seorang pemuda bertanyakan soalan tentang sifat Tuhan yang pada dia, bersifat sadistik, kerana dengan sengaja menciptakan manusia hidup dalam keadaan susah, sukar, terseksa, dan sedih.
Hamka: Tanah Melayu yang kucintai
Bahawasanya Indonesia dan Malaya adalah dua nama baru daripada satu negeri yang dahulunya hanya satu, tidaklah ada orang yang akan dapat memungkiri lagi. Dilihat ke dalam sejarah lama, belumlah lama perpecahan ini.
Kegilaan para ulama terhadap buku
Hebatnya suatu peradaban apabila tamadun itu mencapai kemuncak kegemilangannya dengan membudayakan ilmu dalam kehidupan seharian. Para salafus soleh begitu mencintai ilmu dan memuliakan buku.
Bukti Cinta Hamka kepada Pendidikan
“Rasanya sudah tiba masanya untuk kelahiran…” adu isteriku yang sarat mengandung pada jam 3 pagi, 19 Februari 2010. Ditambah pula dengan air ketuban yang kian mengalir. Menjadi petanda bahawa waktu kelahiran semakin hampir buat puteri sulungku.
Cerpen: Pohon Cenarjik
Seluruh negeri Hutan Chempaka bergegar. Bukan dek gempa bumi. Tetapi kerana kalutnya rakyat hutan itu apabila mendengar berita baru yang telah diumumkan utusan negeri. Hutan Chempaka tidak seperti hutan-hutan lain. Di sini, penduduknya hanya ada serangga dan tumbuh-tumbuhan.
Puisi: Percakapan Angkasa
“Siapa itu korban di bumi
hari ini?”
Tanya Awan
Pada Angin
Lokasi Pencinta Buku Wajib Pergi Bila Mengembara ke Tokyo
Andai ditanya bangsa manakah yang menepati slogan “Bangsa membaca, bangsa berjaya”, antara yang tersenarai dalam jawapan adalah bangsa Jepun. Selain kerajinan, kesantunan, menjaga kebersihan, dan budaya menepati masa, bangsa Jepun juga sinonim sebagai bangsa yang menjadikan membaca buku sebahagian daripada budaya mereka.
Mengapa universiti perlu wujud?
Mengapakah universiti?
5 Tips Menjaga Buku
Di era moden ini, seringkali kita melihat orang tidak pandai menjaga dan memelihara buku dengan baik atau digelar ‘bookmonster’ oleh sebahagian pencinta.
Shajar Al Dur: Sultanah Pertama Dalam Dinasti Islam
Bumi Mesir ini boleh dikatakan bumi sejarah kerana banyak peristiwa yang berlaku melibatkan nama Mesir ini yang pernah suatu ketika dulu dipimpin oleh Nabi Yusuf a.s. Mesir juga pernah diperintah oleh Firaun yang mengaku Tuhan.