fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Ejen Ali The Movie: Mencerap Sisi Pengajaran

Baru-baru ini, penulis dan rakan-rakan telah berkesempatan menonton filem animasi tempatan Ejen Ali the Movie. Sebagai seorang anak tempatan, rasa kagum dan bangga muncul di hati penulis ketika melihat filem animasi sebegini dihasilkan. Jalan cerita yang gempak, muzik iringan yang padu ditambah pula dengan rekaan grafik dan konsep 3D modelling yang bergaya menambat hati penulis, rakan-rakan dan para penonton yang lain.

Filem yang merupakan rentetan daripada siri pertama dan kedua animasi di televisyen ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Ali yang merupakan salah seorang ejen di sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang diberi nama Meta Advanced Tactical Agency (MATA). Ali  masuk ke dalam agensi tersebut selepas secara tidak sengaja mengaktifkan sebuah gajet bernama Infinity Retinal Intelligent System (IRIS) yang dicipta oleh MATA bagi memastikan penggunanya cekap dalam bertindak. Hanya Ali seorang sahaja yang boleh menggunakan IRIS memandangkan gajet tersebut hanya boleh mengesannya bahkan sangat mesra dengannya.

Filem Ejen Ali the Movie ini membuka para penontonnya kepada beberapa pengajaran yang sangat penting terutama dalam meniti realiti kehidupan. Antaranya:

1)Kasih sayang yang tiada sempadan.

Kasih sayang terhadap orang yang paling kita cintai sememangnya sangat mendalam hingga tiada sempadan yang mampu menembusinya. Itulah yang ditonjolkan oleh Ali dan Mamanya, Aliya. Meskipun Aliya sudah lama meninggal dunia, kasih sayang Ali terhadap Mamanya itu tidak pernah padam. Kerana kasih sayang yang tidak terpadam itulah menjadikan kekuatan Ali menghadapi musuh semakin bertambah. Pemikir tersohor Nusantara, HAMKA pernah berkata, “Cinta bukan melemahkan, tetapi menguatkan”.

2) Pertentangan antara kelas sosial.

Pertentangan kelas sosial antara borjuis dan kaum terpinggir jelas terpapar dalam filem ini. Golongan bawahan diperkotak-katikkan oleh golongan atasan semata-mata ingin mengaut keuntungan di samping mengejar kemajuan. Watak Vikram, salah seorang peneraju di Cyberaya ditayangkan sebagai seorang kapitalis yang hanya mementingkan bisnes dan kepentingannya sahaja tanpa menghiraukan nasib yang menimpa golongan pinggiran. Nikki, salah seorang daripada golongan pinggiran telah bertindak sebagai seorang sosialis yang mengangkat hak dan perjuangan golongan tersebut. Namun, keterujaan mengejar Azureum dan teknologi telah membawa Nikki bertukar kepada seorang yang bersifat ekstrem. Namun, berbeza dengan Ali yang berhati budi dan mengutamakan kepentingan orang lain. Sikap Ali ini amat bertepatan dengan idea Haji Omar Said Tjokroaminoto, tokoh pemikir Indonesia tentang Sosialisme Islam. Bagi Tjokroaminoto, Sosialisme Islam mengangkat dua tema besar, iaitu kemerdekaan dan persaudaraan (solidariti).

3) Ego yang memakan diri.

Dato’ Othman, Datuk Bandar Cyberaya merupakan seorang pemimpin yang sangat ego dan rakus membina kemajuan. Kerakusan dan keegoannya itu menyebabkan golongan pinggiran teraniaya terutama apabila tanah mereka dirampas untuk pembinaan kilang teknologi. Tambah memeritkan, Dato’ Othman langsung tidak mengambil peduli hal ehwal orang bawahannya tetapi hanya pandai memberi arahan sahaja. Sikap Dato’ Othman yang ego ini wajar dijadikan iktibar oleh para pemimpin kerana keegoan pemimpin tidak mendatangkan manfaat buat yang dipimpin tetapi beban yang akhirnya memakan diri.

4) Inti kemajuan adalah kemanusiaan.

Semua orang inginkan kemajuan. Namun, kemajuan bagaimana yang diinginkan? Kemajuan yang diimpikan mestilah teknologi yang canggih dan futuristik. Namun, mampukah kemajuan sebegitu dipacu tanpa kemanusiaan sebagai inti? Apalah guna teknologi bertaraf futuristik jika kemanusiaan sifar di jiwa. Inilah yang cuba dibawa dalam filem Ejen Ali the Movie ini. Kemajuan yang seharusnya seiring dengan nilai-nilai kemanusiaan. Jika ingin membina sebuah peradaban yang futuristik, nilai-nilai kesopanan, prihatin dan bertanggungjawab perlu diperkasakan dahulu.

Apa pun, penulis berpendapat Ejen Ali the Movie sememangnya sebuah filem animasi tempatan yang sarat dengan pengajaran. Penghargaan yang tinggi buat saudara Usamah Zaid dan pasukan WAU Animation Studio atas penghasilan filem animasi yang padu ini.

 

Oleh: Muhamad Fariz bin Azmi, Mahasiswa Tahun Akhir Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.