Segalanya bermula selepas secara tidak sengaja apabila saya menghabiskan bacaan naskhah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Timbul persoalan, bagaimana mungkin seorang ulama, ahli tafsir, tokoh gerakan Islam, penjawat jawatan tertinggi keagamaan menulis novel!? Novel pula tema cinta, lebih tepat kasih tak sampai. Masyhur disebut sebagai roman. Bahkan pengarangnya, Prof Dr HAMKA pantas digelar Kiyai Roman. […]
Author: Jejak Tarbiah
Selepas 3 Dekad, Yusuf Islam Memetik Gitar Demi Islam
“Seorang anak muda pulang ke rumah dan tanpa disedari telah mengingatkan bapanya bahawa sudah tiba masanya untuk berubah. Bukankah itu tema bagi sebuah lagu yang pernah saya karang berjudul Father & Son (Bapa & Anak)” Mengapa Saya Masih Memetik Gitar, satu catatan rohani peribadi oleh Yusuf Islam. Buku berkulit keras ini setebal 120 muka surat ini merupakan […]
Berkatalah “La Adri” – Aku Tidak Tahu
Umat islam ketika ini melalui dasawarsa kedua abad ke-21 dengan pelbagai persoalan yang semakin ruwet dan membingungkan. Inilah cabaran terbesar bagi para dai atau ilmuwan dalam menghadapi keberagaman umat Islam zaman ini. Pelbagai polemik dan isu-isu baru yang timbul seiring dengan peredaran zaman yang menuntut para ‘doktor umat’ ini untuk bijak merealisasikan permasalahan ummah. Malang […]
Barat Beriman Dengan Kebangkitan Khalifah
Umum mengakui bahawa pertembungan ideologi yang terbesar abad ini ialah antara Islam dan Kapitalis ( Barat ) setelah jatuhnya komunis di Soviet Union yang dketuai Rusia. Hakikatnya pertembungan antara Barat dan Islam berlaku sebelum kemunculan komunis lagi apabila tercetusnya perang salib antara Eropah dan Daulah Khilafah yang berlarutan sehingga musnahnya institusi agung umat Islam iaitu […]
Keturunan Unggul Mandailing
Medan yang terletak di Indonesia mempunyai empat (4) suku terbesar antaranya Melayu, Jawa, Nias dan Batak. Dalam kalangan masyarakat Indonesia di Medan, suku Batak merupakan suku kaum terbesar di Indonesia. Suku kaum Batak kebanyakannya berasal dan bermukim di Pantai Barat dan Pantai Timur kawasan Sumatera Utara atau Sumut secara ringkasnya. Terdapat enam (6) suku utama […]
Pasangan Membaca
Sudah agak lama memendam idea untuk menulis sesuatu tentang ini. Ideanya muncul tatkala saya berkunjung ke Pesta Buku Malaysia di KLCC beberapa bulan yang lalu. Ketika di sana, selain pelbagai jenis buku dijual, saya tertarik melihat dua jenis penanda buku atau ‘bookmark’ yang kelihatan agak unik. Penanda buku itu dengan bentuk seperti seorang lelaki dan […]
Suara Liberalisme: Satu Kajian terhadap Hak Asasi Manusia (HAM) dan Hubungannya dengan Tuntutan-Tuntutan Pihak Liberal di Alaf Malaysia Baru (Bahagian 4)
Selain itu, isu hifz al- din yang turut dibawa oleh menteri agama dengan fahaman menjaga kewujudan semua agama sedikit sebanyak mengandungi unsur pluralisme agama yang selama ini menjadi sebahagian dari tunggak perjuangan liberalisme. Walau bagaimanapun, Mujahid memberi kefahaman bahawa menjaga kewujudan semua agama bukan beerti membenarkan semua agama di atas kebenaran yang sama. Namun begitu, […]
Suara Liberalisme: Satu Kajian terhadap Hak Asasi Manusia (HAM) dan Hubungannya dengan Tuntutan-Tuntutan Pihak Liberal di Alaf Malaysia Baru (Bahagian 3)
HAM dan Hubungannya dengan Liberalisme atau Islam Liberal Perjuangan atas nama HAM dilihat sebagai satu agenda yang sakral, bahkan lebih murni daripada perjuangan menjaga kesucian agama. HAM atau disebut sebagai human rights dapat difahami sebagai dasar yang telah menjadi inheren dalam diri manusia di mana setiap individu berhak untuk menikmati segala haknya sebagai manusia tanpa […]
Suara Liberalisme: Satu Kajian terhadap Hak Asasi Manusia (HAM) dan Hubungannya dengan Tuntutan-Tuntutan Pihak Liberal di Alaf Malaysia Baru (Bahagian 2)
Al-Ghazali menyebutkan bahawa ilmu tafsiran al-Quran dan hadis merupakan salah satu ilmu yang menjadi usul dalam syariah Islam. Ilmu-ilmu ini tidak dapat dikuasai melainkan oleh orang-orang yang telah dipilih oleh Allah swt bahkan ia memerlukan kepada penguasaan pelbagai cabang ilmu alat sebelum mengistinbath hukum dan berijtihad. Seorang mujtahid juga harus memenuhi syarat-syarat yang ketat sebelum […]
Suara Liberalisme: Satu Kajian terhadap Hak Asasi Manusia (HAM) dan Hubungannya dengan Tuntutan-Tuntutan Pihak Liberal di Alaf Malaysia Baru (Bahagian 1)
Pendahuluan Apabila berbicara tentang Liberalisme, falsafah ini sememangnya sangat berkait rapat dengan ideologi masyarakat barat di Eropah. Liberalisme adalah sebuah ajaran tentang konsep kebebasan di mana pengamalnya bebas berperilaku sepertimana yang dikehendaki tanpa terikat dengan mana-mana hukum, kebebasan mengemukakan pendapat dalam apa jua persoalan, dan kebebasan memilih agama yang menjadi pegangan masing-masing. Ringkasnya, ajaran mereka […]
Ibrah Kalimah “Hubban Jamma” Di Dalam Tafsir Al Azhar
Semalam saya tonton lagi beberapa klip video di YouTube mengenai sebuah telefon pintar kegilaan saya – Huawei Mate 20 X. Cukuplah paparan sebesar 7.2 inci itu menarik hati. Ditambah lagi dengan kelengkapan HiSilicon Kirin 980 yang dipadukan potensinya dengan teknologi GPU Turbo versi 2.0… pengalaman menggunakannya pasti buat saya terawang-awang. Saya akan merasakan bahawa diri […]
CERITA ABANG KADI
Berbicara tentang karya-karya yang membincangkan perihal perkahwinana, kitab oleh baca siri Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Sebelum Aku Bernikah tulisan Hilal Ashraf yang menceritakan kisah suka duka sebelum-semasa-selepas pernikahan. Buku Cerita Abang Kadi pula hadir dengan menghidangkan anekdot-anekdot menarik pengalaman seorang Tok Kadi. Ya! Tok Kadi yang selalu nikahkan pasangan pengantin […]
Sultan Osman I dan Kisah Kebangkitan Empayar Turki Uthmaniyyah
Sultan Osman I atau dikenali sebagai Osman Bin Ertugrul merupakan pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1299 sehingga 1324. Osman merupakan putera kepada Ketua Puak Turki Kayilar iaitu Ertugrul Bey. Ertugrul Bey bersama para pengikutnya berhijrah ke Anatolia selepas Sultan Seljuk pada masa itu, Sultan Alauddin Kaykubad menganugerahkan Söğüt sebagai pusat pemerintahah Ertugrul di Anatolia. […]
Masjid 20 Kubah
BILA sebut saja negara Turki, kita akan terus terbayang Istanbul dan Hagia Sofia. Sebenarnya, di negara yang terdiri daripada 81 buah negeri ini terdapat satu negeri yang kaya dengan sejarah Uthmaniyyah iaitu Bursa. Apa yang menarik tentang Bursa ini? Bursa merupakan ibu kota bagi kerajaan Uthmaniyyah yang pertama. Di Bursa terdapat banyak peninggalan sejarah kerajaan […]
Iqra’, Kata yang Mengubah Dunia
MENGAPA wahyu pertama yang sampai kepada Rasulullah ialah perintah membaca dengan kata Iqra’? dan bukannya perintah lain seperti sujud, berdoa atau bersyukur? Seolah-olah ia sangat penting, kata iqra’ diulang lebih dari sekali dalam surah al-‘Alaq. Lagi pula, mengapa ia diwahyukan kepada Baginda yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis)? Sesungguhnya Allah tidak pernah mengaturkan sesuatu […]
Kitab Kuning: Kisah Ulama Wanita Melayu yang Tidak Diiktiraf
Mungkin kita jarang mendengar panggilan ‘Ulama wanita’ di Malaysia. Bahkan sesetengah orang beranggapan gelaran ulama hanya relevan untuk kaum lelaki. Persoalannya, mengapa persepsi seperti ini wujud? Sejak kemasukan Islam ke Nusantara, usaha penyebaran ajaran agama selain diperanankan oleh kaum lelaki, kaum perempuan tak juga kalah untuk melibatkan diri bersama. Jika di Indonesia, kaum wanita yang […]
Hanum dan Azima dalam ‘Bulan Terbelah di Langit Amerika’
Takdir telah membawa seorang perempuan bernama Hanum bersama suaminya, Rangga ke dunia seorang Azima dan seorang bekas kapitalis bernama Phillipus Brown bersama sebaris soalan “Would The World Be Better Without Islam?” “I love Islam, but I lost the pride!” Dengan linangan air mata, Azima mencabut wig yang menjadi hijab kepalanya. Dia terpaksa berbuat begitu dek asakan dikriminasi […]
Kontik Kamariah: Wanita Melayu dan Kesedaran Pendidikan
Frank Swettenham (1850-1946), seorang residen-jeneral British pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pernah mengulas tentang pendidikan anak perempuan dengan menyatakan kehidupan anak-anak perempuan di Tanah Melayu terkongkong kehidupannya lantaran adat yang mengikat orang Melayu sehingga pendidikan yang diperlukan dan diberikan untuk anak perempuan telalu sedikit. Namun, dekad pertama abad ke-20 memperlihatkan perubahan tanggapan orang Melayu terhadap pendidikan […]
Perempuan dan Perjuangan
“Saya tak akan berhenti. Saya tahu, setidak-tidaknya dua kali dalam hidup saya, sekiranya saya berhenti berjuang, saya akan menjadi orang berada dan lebih terjamin daripada segi material, tapi ini bukan jiwa saya.” – Khatijah Sidek Bergetar rasa mengenangkan bait-bait yang disusun oleh sang srikandi Khatijah Sidek (1918-1982) dalam memoir ‘Sang Puteri Kesatria Bangsa’ beberapa puluh tahun […]
Kitab Adab Perempuan
Waktu zaman kanak-kanak, bila dengar orang kata “Susahnya jadi perempuan ni!”, diri berasa pelik. Apa yang susah? Kalau fikir nak kekal nampak cantik di mata manusia saja, memanglah susah. Bila dah dewasa, barulah faham. Susahnya bukan pada soal cantik luaran saja, tapi juga soal emosi, spiritual, perangai, perbuatan, perkataan, dan banyak hal lagi. Sebab itulah […]