fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Kitab Adab Perempuan

Waktu zaman kanak-kanak, bila dengar orang kata “Susahnya jadi perempuan ni!”, diri berasa pelik. Apa yang susah? Kalau fikir nak kekal nampak cantik di mata manusia saja, memanglah susah. 

Bila dah dewasa, barulah faham. Susahnya bukan pada soal cantik luaran saja, tapi juga soal emosi, spiritual, perangai, perbuatan, perkataan, dan banyak hal lagi. Sebab itulah kedudukan perempuan dalam Islam sangat istimewa. Dan Nabi Muhammad s.a.w pun memberi penghargaan bahawa lelaki yang paling baik akhlaknya adalah yang paling baik dengan perempuannya. Sebab ia bukan hal yang mudah!

“Bercampur dan bersama-sama dengan perempuan itu hendaklah sabar akan segala kesusahan, dan hendaklah bersifat dengan lemah-lembut, supaya mendapat kerihatan dan kesenangan yang sempurna.”- Kitab Adab Perempuan, m/s 21.

Semakin jauh kita menjalani hidup ini, semakin banyak yang kita tak tahu, dan semakin kita rasa kita perlu belajar dan belajar lagi. Apa yang penting, belajar untuk rendahkan diri dan mengaku kita memang tak pandai dalam segala hal.

Menariknya Kitab Adab Perempuan ini, ia turut memuatkan kitab asal dalam versi tulisan jawi. Semoga kitab seperti ini menjadi sahabat baik kepada ramai perempuan-perempuan di luar sana.

Ulasan oleh: Dr Zahrah Yunos

KITĀB ĀDĀB PEREMPUAN

Pengarang: Aḥmad Yaʻqūb al-Johori Tahun 1926
Terbitan semula 2017 
Bil. Muka Surat: 280
Harga: RM 55.00 (tidak termasuk pos)

? Pesan kitab ini di www.jejaktarbiah.com

SINOPSIS KITĀB ĀDĀB PEREMPUAN

Ḥikmah dan kebijaksanaan leluhur kita dalam ḥāl iḥwal rumah tangga dibuktikan dalam Kitāb Ādāb Perempuan. Ianya sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan: yaʻnī pendidikan anak-anak.

Nilai-nilai keṣiḥatan, antaranya naṣīḥat untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci. 


Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci. Pengarang menṣifatkan peranan perempuan sebagai isteri, ibu, dan penghulu rumah tangga sebagai: …sebesar-besar pekerjaan yang patut disempurnakan kerana berkhidmatkan waṭan (tanah air) kemanusiaan.

Kitāb ini dikarang pada tahun 1926 oleh Aḥmad Yaʻqūb Al-Johori bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ʻālam perkahwinan. Pada tahun 1965, kitāb ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.

BONUS: 
Petua ‘Ilmu Kekeluargaan yang terpilih dalam Kitāb Ādāb Perempuan.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.