fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Pasangan Membaca

Sudah agak lama memendam idea untuk menulis sesuatu tentang ini. Ideanya muncul tatkala saya berkunjung ke Pesta Buku Malaysia di KLCC beberapa bulan yang lalu. Ketika di sana, selain pelbagai jenis buku dijual, saya tertarik melihat dua jenis penanda buku atau ‘bookmark’ yang kelihatan agak unik. Penanda buku itu dengan bentuk seperti seorang lelaki dan seorang perempuan, tertulis “His Bookmark” dan “Her Bookmark”. Tanpa berfikir panjang, kedua-dua penanda buku itu saya ambil dan terus membayarnya. Untuk orang seperti saya yang meminati buku dan segala alat bantuan atau gajet membaca ini, penanda buku unik seperti ini bukanlah sesuatu yang harus dilepaskan.


Tatkala saya melihat penanda buku itu yang tertulis “His Bookmark” yang terbayang ialah penanda buku itu untuk suami saya. Ya, kerana saya tahu beliau sememangnya seorang yang suka membaca. Walaupun selepas itu baru saya terfikir sesuaikah penanda buku ini untuk koleksi buku-buku beliau yang kebanyakkannya merupakan kitab-kitab  berbahasa Arab dan tebal-tebal itu? Selepas selesai membayarnya barulah terfikir 😉

Selalu saya nampak beliau akan menanda halaman kitab yang beliau sedang baca dengan kertas kosong yang dinaikkan sedikit ke atas. Kertas yang kadang-kadang tercatat juga nota-nota contengan hasil daripada pembacaan beliau. Bila disusun di rak buku, tertonjollah kertas putih itu di celahan rak dan itu sangat menyakitkan mata saya! Ini kerana tabiat beliau yang akan menggunakan apa sahaja kertas yang berdekatan yang ada untuk menanda halaman buku yang sedang beliau baca. Jarang sekali beliau menggunakan penanda buku. Tanpa menafikan kadang-kadang beliau akan bertindak kejam, melipat halaman kitab itu dengan jayanya. Ya, kekejaman terhadap buku yang kadang-kadang memang terpaksa dilakukan. Ya, saya juga pernah melakukannya.

Demikian antara ingatan-ingatan saya tentang tabiat membaca beliau sepanjang 9 tahun hidup bersama. Memang banyak lagi sebenarnya, termasuklah kesukaan melukis anak panah atau ‘arrow’ pada isi penting dalam buku selain menggunakan ‘highlighter’. Sampai saya sendiri telah terjangkit tabiat melukis anak panah ini daripada beliau. Saya tahu beliau memang jenis membaca, membaca sudah menjadi keperluan bukan hanya sekadar kesukaan.

Contoh ilustrasi kertas yang tertonjol-tonjol dari kitab-kitab beliau.

Pasangan yang hidup serumah dengan kita ini adalah orang yang paling penting dan paling berpengaruh terhadap kita. Kita berasal daripada keluarga yang berlainan, budaya dan cara hidup yang berbeza, dan pastinya jantina yang berbeza. Bak kata penulis buku popular John Gray, kita adalah makhluk yang berasal daripada planet yang berlainan, Mars dan Venus. Ini memerlukan kepada toleransi tolak ansur yang cukup tinggi untuk terus bersama. Kita akan berasimilasi dan yang paling utama juga ialah kita akan saling pengaruh mempengaruhi.

Maka, mendapat pasangan yang sememangnya telah suka membaca sejak sebelum berkahwin ini adalah anugerah yang wajib disyukuri. Malah, mungkin yang masih belum berpasangan, boleh tambah ciri penting suka membaca ini sebagai salah satu syarat wajib mahupun ciri terpenting dalam memilih pasangan.

Mengapa SURI MEMBACA ?

Mahu juga saya coretkan di sini bahawa, antara sebab saya menggerakkan satu komuniti kumpulan sokongan untuk wanita terus membaca yang dinamakan sebagai “Suri Membaca” ini adalah disebabkan oleh satu kisah yang sangat berbekas di hati saya. Kisah benar, saya melihat bagaimana seorang rakan saya yang dahulunya memang kategori ‘ulat buku’, suka membaca pelbagai genre buku tetapi setelah berkahwin akhirnya meninggalkan secara total aktiviti membaca. Beliau datang kepada saya dan mengatakan bahawa setelah berkahwin beliau tidak lagi pernah membaca sebuah buku pun. Malah tidak lagi membeli buku.

Bila ditanya mengapa, pelbagai alasan yang tidak pernah beliau berikan sebelum ini muncul. Ya, alasan biasa wanita selepas berkahwin, kesibukan menguruskan rumahtangga, kerjaya dan anak-anak menyebabkan semakin tiada masa untuk membaca. Itu alasan biasa, tetapi alasan yang terkuat rakan saya ini ialah suami beliau tidak suka membaca, tidak suka buku malah tidak suka melihat isterinya membaca buku!

Kisahnya lebih panjang dan memeritkan, tetapi cukuplah sekadar satu kisah ini yang menyebabkan terus saya terpanggil untuk cuba melakukan sesuatu dan membantu.

Saya dan rakan-rakan pengerak Suri Membaca mempunyai misi untuk menjadi kumpulan sokongan yang boleh terus membantu dan menyuburkan budaya membaca khususnya dikalangan wanita. Kami mahu membantu, menjadi ‘support group’ dan ‘sisters circle’ supaya golongan wanita terutamanya selepas berkahwin dan bekerjaya, masih mampu untuk terus membaca dan membaca. Masih di permulaan, tetapi kami akan terus berjalan.

Adakah Membaca Itu Hobi ?

Membaca bukanlah sekadar hobi. Hobi ialah sesuatu yang kita lakukan jika kita mempunyai masa lapang. Sejak kecil dari sekolah rendah kita akan selalu ditanya, apakah hobi kita? Malah mungkin kita sendiri pernah menulis sebuah karangan bertajuk “Hobi Saya”.

Tetapi Dr Raghib As Sirjani dalam buku beliau “Spiritual Reading” ada melontarkan persoalan yang sangat besar dan penting tentang membaca ini. Beliau menghuraikan tentang tafsiran wahyu pertama Surah Al-Alaq yang mempunyai perintah untuk membaca. Beliau bertanya, adakah perintah sepenting ‘bacalah’ yang menjadi wahyu pertama diturunkan ini hanya sekadar memperkatakan tentang hobi? Masuk akalkah jika kalimah Al-Quran yang pertama kali turun ke bumi ini hanya memperkatakan tentang hobi yang mungkin disukai oleh sebahagian orang dan tidak disukai oleh sebahagian yang lain?

Kita harus membaca, bukan hanya satu atau dua buku. Bukan hanya semasa masih sedang belajar dan bukan hanya buku-buku tentang apa yang sedang kita belajar sahaja. Kita harus membaca bukan hanya sebelum kita berkahwin ketika kita bujang dan banyak masa lapang. Kita bukan hanya membaca ketika kita masih muda, ketika kita sedang bersemangat sahaja.

Tetapi, membaca seharusnya menjadi konsep hidup kita!

Pasangan membaca ini sangat penting untuk kelangsungan pembinaan generasi seterusnya yang juga akan membaca. Ya, membaca bukanlah tujuan tetapi membaca adalah sebahagian daripada cara untuk pergi ke peringkat tahu, menghapuskan kejahilan dan mencapai ilmu.

Jika kita mahukan pasangan yang membaca, tidak ada tips atau kaedah lain yang lebih berkesan buat masa ini melainkan memastikan diri kita terlebih dahulu menjadi seorang pembaca. Kemudian, carilah pasangan yang juga pembaca.

Jika kita ditakdirkan pula mendapat pasangan yang tidak suka membaca buat masa ini, itu bukanlah pengakhiran, itu bukanlah takdir mubram yang tidak boleh diubah sama sekali. Ada banyak cara dan kaedah, yang paling penting kita dahulu mestilah terus kuat, jelas tujuan dan niat untuk terus membaca.

Ini sekadar coretan ringkas saya yang penuh kelemahan. Kata-kata penguat untuk diri sendiri juga, jika bukan untuk orang lain sekalipun. Moga bermanfaat dan selamat membaca!

Oleh: Nurul Suhadah Shuib

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.