fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Suara Liberalisme: Satu Kajian terhadap Hak Asasi Manusia (HAM) dan Hubungannya dengan Tuntutan-Tuntutan Pihak Liberal di Alaf Malaysia Baru (Bahagian 2)

Al-Ghazali menyebutkan bahawa ilmu tafsiran al-Quran dan hadis merupakan salah satu ilmu yang menjadi usul dalam syariah Islam. Ilmu-ilmu ini tidak dapat dikuasai melainkan oleh orang-orang yang telah dipilih oleh Allah swt bahkan ia memerlukan kepada penguasaan pelbagai cabang ilmu alat sebelum mengistinbath hukum dan berijtihad. Seorang mujtahid juga harus memenuhi syarat-syarat yang ketat sebelum melayakkannya untuk berijtihad kerana ia berperanan untuk memaksimumkan segala daya kemampuannya dalam memahami hukum Allah swt dan menyampaikannya kepada umat manusia. Justeru, golongan liberal ini dilihat menolak autoriti ulama’ terhadap syariah meskipun pada hal-hal yang bersifat qath’ie kerana dianggap memiliki unsur-unsur primitif, percampuran budaya, dan kepentingan politik.

Di samping itu, antara ideologi yang cuba diketengahkan oleh pihak Islam Liberal adalah pluralism agama di mana mereka beranggapan bahawa semua agama adalah sama-sama benar dan menawarkan jalan keselamatan (salvation). Ia juga bertitik tolak daripada fahaman relativisme yang mendakwa bahawa setiap fahaman kebenaran itu tidak bersifat mutlak kerana sesuatu yang dirasakan baik oleh sesetengah kelompok individu tidak semestinya dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh kelompok individu yang lain. John Hick di dalam membahas persoalan pluralisme agama menyatakan bahawa setiap agama yang wujud memperakui hakikat Tinggi yang sama (The Ultimate/The Absolute Truth) namun mengekspresikannya dalam pelbagai ungkapan yang berbeza seperti Allah, Jesus, Yahweh, Brahman, dan sebagainya.

Peter Bryne pula menyimpulkan bahawa falsafah pluralism dan relativisme ini dapat disimpulkan kepada 3 premis utama iaitu; semua agama adalah sama-sama merujuk kepada Hakikat Tinggi yang Satu (The Transcendent/ The Real One). Segala kepercayaan ini ibarat jalur- jalur cahaya yang terpisah namun datang daripada sumber yang sama. Mereka mengambil nukilan yang dituliskan oleh Jalal al-Din al-Rumi yang dianggap sebagai satu dokongan terhadap pluralisme agama iaitu: “The Lamps are different but the Light is same.”  Seterusnya, premis kedua menyebutkan bahawa semua agama menawarkan jalan keselamatan (salvation) kepada para penganutnya. Justeru, fahaman tiadanya keselamatan di luar gereja dalam agama Kristian secara automatik adalah terbatal. Premis yang terakhir membincangkan bahawa semua agama memiliki kefahaman yang terhad terhadap hakikat ketuhanan dan ia boleh berubah-ubah. Oleh itu, semua agama adalah bersifat nisbi iaitu sama-sama relatif, maka tidak ada mana-mana agama yang berhak mendakwa dirinya adalah paling benar dalam menjanjikan keselamatan kepada para pengikutnya.

Inilah kekeliruan yang terhasil daripada pemikiran Sufasta’iyyah atau disebut sebagai Sofis di mana menurut al-Baghdadi kelompok Sofis ini terdiri daripada beberapa puak dalam kefahaman mereka terhadap ilmu dan hakikat. Puak yang pertama digelar sebagai mua’anidin, iaitu puak yang bebal yang menolak kewujudan ilmu dan hakikat.  Puak kedua dinamakan sebagai ‘Inadiyyah, meragui kewujudan ilmu dan hakikat sesuatu perkara sementara puak ketiga yang dikatakan sangat berkait rapat dengan fahaman pluralism agama ini dinamakan sebagai puak ‘Indiyyah yang memperjuangkan konsep nisbi atau relativisme sesuatu perkara.

Sekiranya fahaman pluralism agama ini diterima, kita jelas sekali telah melakukan sesuatu yang bukan sahaja bertentangan dengan prinsip-prinsip akidah Islam, namun turut terkeluar daripada logik akal yang sihat. Bagaimanakah dua kefahaman yang berbeza dapat dihimpunkan sebagai satu kebenaran dalam masa dan situasi yang sama? Apabila Islam melihat Tuhan yang Maha Esa itu sebagai satu kebenaran, bagaimanakah pula kewujudan pelbagai Tuhan itu juga dapat sama-sama diterima sebagai kebenaran? Islam meyakini bahawa Isa as tidak mati disalib, lalu bagaimana ia dapat diselarikan dengan fahaman Kristian yang mempercayai bahawa Isa telah mati di salib untuk menghapus dosa manusia dan dibangkitkan semula sebagai salah satu daripada unsur ketuhanan (Triniti)? Meskipun golongan pluralisme ini dilihat sebagai satu golongan yang sangat mengagungkan penggunaan akal, namun dalam hal ini mereka kelihatannya gagal meletakkan prinsip akal yang sihat pada tempatnya.

Tuntasnya dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian agama adalah menunjukkan kepada kepelbagaian jalan dalam mendekati Tuhan, namun tujuan dan matlamatnya adalah sama iaitu Hakikat Yang Satu. Walau bagaimanapun, fahaman pluralism ini jelas sekali berkontradiksi dengan firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang diiktiraf) di sisi Allah itu adalah Islam.” Ayat ini merupakan satu penyataan jelas yang tidak mungkin dapat disangkal dan diinterpretasikan kepada makna yang lain di mana satu-satunya agama yang diterima oleh Allah swt adalah Islam.

Namun, harus difahami bahawa Islam tidak menolak kewujudan pelbagai agama kerana ia merupakan fitrah kehidupan manusia yang memiliki kepercayaan dan pegangan yang berbeza. Surah al-Kafirun telah memberi satu penjelasan yang deskriptif bahawa Islam adalah berbeza dari sudut fahaman dan pengamalannya dengan agama-agama lain namun tidak pula menafikan kebebasan penganut agama-agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Inilah konsep kebebasan beragama yang diajarkan oleh Islam. Golongan Liberal sering menanggapi bahawa ayat Allah swt yang bermaksud: “Tiada paksaan di dalam beragama” merupakan satu anjuran kepada pluralism agama dan kebebasan untuk menukar-nukar agama sedangkan ayat ini harus dibaca selengkapnya dengan ayat seterusnya yang bermaksud “Sungguh telah jelas (bagimu) antara kebenaran antara kesesatan. Ayat ini menurut Ibn Kathir bermaksud larangan memaksa seseorang untuk menjadi Muslim kerana sifat Islam itu telah didatangkan bersama bukti yang jelas dan nyata untuk membezakan antara kebenaran dan kesesatan. Maka barangsiapa yang dibukakan pintu hatinya oleh Allah swt untuk Islam, dia pasti akan memeluk Islam tanpa paksaan dan keraguan. 

Selain itu, ideologi liberalisme ini dinyatakan oleh Edmund Fawcett membawa satu idea yang berkaitan dengan sikap toleransi di mana ia melibatkan penghormatan terhadap pemilikan orang lain atau hak-hak sivil individu. Justeru, segala perjuangan golongan liberalisme atau Islam Liberal ini adalah berasaskan kepada faham humanisme dan bersifat individualistik. Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (Universal Declaration Human Rights -UDHR-) yang telah ditubuhkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebenarnya bertujuan memperjuangkan Hak Asasi Manusia (HAM). Ia sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan falsafah liberalisme sehingga lahirnya pelbagai tuntutan yang dibuat oleh para pendokong gerakan ini.

Oleh: Hawa Dalila binti Md Fazil 


    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.