Troli
Soalan Lazim

Apa yang anda perlu tahu

Kumpulan soalan-soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan kami. Tak jumpa jawapan? Hubungi kami terus di WhatsApp.

Pembelian & Pembayaran
Bagaimana cara membuat pesanan di JT Books?+
Pilih buku yang anda inginkan, tambah ke troli, kemudian klik butang pembayaran. Ikuti langkah checkout dan pilih kaedah pembayaran yang sesuai. Anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan setelah transaksi berjaya. Lihat panduan terperinci di Cara Membeli.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?+
Kami menerima pembayaran melalui FPX (perbankan dalam talian), kad debit/kredit (Visa/Mastercard), Maybank2u, dan TnG eWallet.
Adakah saya perlu mendaftar akaun untuk membeli?+
Tidak wajib — anda boleh membeli sebagai tetamu (guest checkout). Namun, dengan mendaftar akaun anda akan menjadi ahli JT Bookmates dan menikmati banyak kelebihan: mata ganjaran setiap pembelian, akses awal buku baharu, diskaun ulang tahun, dan rekod pesanan yang mudah dirujuk semula.
Adakah terdapat kod promosi atau diskaun untuk ahli baharu?+
Ya! Bagi pendaftaran ahli baharu JT Bookmates, kami menawarkan mata ganjaran dan diskaun untuk pembelian pertama anda. Daftar sekarang untuk mula menikmati ganjaran.
Penghantaran
Berapa lama masa penghantaran?+
Pesanan akan diproses dalam tempoh 1-3 hari bekerja. Setelah dihantar:
Semenanjung Malaysia: 3-5 hari bekerja
Sabah/Sarawak: 5-10 hari bekerja
Brunei/Singapore: 7-14 hari bekerja

Lihat butiran lengkap di Penghantaran.
Adakah JT Books menghantar ke Sabah, Sarawak dan luar negara?+
Ya. Kami menghantar ke seluruh Malaysia (Semenanjung dan Sabah/Sarawak) menggunakan Ninja Van, serta ke Brunei dan Singapura menggunakan Citylink Express.
Berapakah caj penghantaran? Adakah penghantaran percuma?+
Caj penghantaran bermula dari RM9 untuk Semenanjung dan RM15 untuk Sabah/Sarawak, bergantung kepada kuantiti buku. Penghantaran PERCUMA untuk pesanan RM200 ke atas (Semenanjung sahaja). Lihat senarai rate lengkap di halaman Penghantaran.
Produk & Stok
Apakah jenis buku yang dijual di JT Books?+
Kebanyakan produk di website kami adalah terbitan sendiri serta dari penerbit-penerbit tempatan dan luar negara. Kami menawarkan buku selari dengan misi memasyarakatkan ilmu dan budi — termasuk buku ilmu (Jejak Tarbiah), novel (JIWA), buku bisnes/usahawan (JTX), Siri Komik, dan produk Hamka Coffee.
Adakah buku yang dijual adalah buku baharu atau terpakai?+
Buku baharu sahaja. Semua buku yang dijual di JT Books adalah terbitan baharu yang tidak pernah digunakan.
Bolehkah saya tempah buku yang tiada dalam stok?+
Buat masa ini, buku yang kehabisan stok perlu menunggu restok. Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di 011-2906 2609 untuk mengetahui status restok terkini.
Pemulangan & Aduan
Apakah polisi pemulangan atau pertukaran barang?+
Sekiranya buku yang anda terima rosak atau salah, hubungi kami dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima. Kami akan menggantikan dengan baharu — tanpa kos pemulangan dan tanpa perlu pulangkan buku rosak. Lihat butiran di halaman Pemulangan.
Apa yang perlu saya lakukan jika buku yang diterima rosak?+
WhatsApp kami di 011-2906 2609 atau DM media sosial kami. Sertakan gambar buku yang rosak dan no. pesanan. Kami akan menyiasat dan hantar ganti baharu dalam masa terdekat.
Akaun & Teknikal
Bagaimana cara menyemak status pesanan saya?+
Nombor tracking akan dijana automatik apabila pesanan anda telah diproses. Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel. Anda juga boleh log masuk ke akaun anda untuk menyemak status pesanan terkini.
Saya lupa kata laluan. Bagaimana untuk reset?+
Klik butang "Lupa Kata Laluan" pada halaman log masuk dan ikut langkah untuk reset. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, terus WhatsApp kami di 011-2906 2609.
Bagaimana cara menghubungi JT Books untuk pertanyaan lanjut?+
WhatsApp kami di 011-2906 2609 atau e-mel ke [email protected]. Waktu operasi: Isnin-Jumaat, 9 PG - 5 PTG.

Masih ada soalan?

Jangan teragak-agak hubungi kami. Kami sedia membantu.

💬 Hubungi WhatsApp
JT Books Footer Preview v8
⭐ JT BOOKMATES ⭐
"Jejak-jejak Penuh Inspirasi"
Sertai komuniti pembaca eksklusif kami
🎁 Diskaun pesanan pertama | ⭐ Mata setiap pembelian | 📚 Akses awal buku baru | 🎉 Diskaun ulang tahun
⭐ Sertai Bookmates Percuma →