JT Books adalah platform buku online oleh JT Publishing House Sdn. Bhd — membawa buku, wacana dan kembara intelektual ke hujung jari anda sejak 2017.
Bermula dengan penganjuran wacana ketokohan HAMKA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jejak Tarbiah meneruskan usaha memasyarakatkan pemikiran dan karya beliau melalui penerbitan buku-buku bermula pada tahun 2017.
Sejak itu, Jejak Tarbiah terus berkembang sebagai gerakan ilmu yang mendekatkan masyarakat dengan buku, wacana dan kembara intelektual.
Menjelang tahun 2026, Jejak Tarbiah terus meluaskan peranan melalui penerbitan novel-novel di bawah imprin JIWA serta buku-buku bisnes dan pembangunan usahawan di bawah imprin JTX.
Selain itu, Jejak Tarbiah turut memperluaskan ekosistemnya melalui penubuhan HAMKA COFFEE di Bandar Puteri Bangi sebagai pelengkap kepada budaya ilmu, perbincangan dan pertemuan pencinta buku. Di sinilah buku, kopi dan manusia dipertemukan dalam misi memasyarakatkan ilmu dan budi.