Sesegar Nailofar | Zaid Akhtar
Iqbal dan sahabat berjuang di Jordan Ñ kisah cinta, ukhuwah dan semangat membela Palestin yang menggugah.
"Hidup ini suatu lakonan dan kitalah pelakon-pelakonnya."
Di bawah mentari Jordan yang membakar, Iqbal bersama teman-temannya meniti liku kehidupan sebagai mahasiswa yang sarat dengan pelbagai ujian dan konflik. Bermula daripada episod cinta yang terpendam, pencarian mahasiswi yang hilang hingga sahabat mereka iaitu Aiman, yang hidup sebatang kara akibat kekejaman Zionis dipenjarakan atas asbab perjuangan membebaskan tanah airnya, iaitu Palestin.
Naskhah ini membawa pembaca menyelami perjuangan hidup, makna persahabatan dan tanggungjawab sosial yang tertegak atas semangat ukhuwah.