Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor | HAMKA
Polemik agama yang bersejarah Ñ HAMKA menangkis dengan bijaksana tanpa memperkecilkan sesiapa.
Teguran Suci dan Jujur terhadap Mufti Johor merupakan sebahagian rakaman sejarah mengenai polemik agama yang berlaku di ranah Nusantara ini.
Karya ini mengandungi kumpulan jawapan balas HAMKA terhadap pernyataan-pernyataan Mufti Negeri Johor iaitu Dato' Sayyid Alwi Tahir al-Haddad yang tersiar dalam akhbar Semenanjong, bertarikh 26 Zulhijjah 1377 (14 Julai 1958).
HAMKA dengan sikap budi pekerti dan rendah hatinya menangkis segala kenyataan Dato' Sayyid Alwi dengan penuh bijaksana tanpa sedikit pun memperkecilkan peribadi mufti Johor tersebut.