Pesan HAMKA kepada Pendidik | Muhammad Shah Ahmad Nor
Inspirasi pendidikan dan pembinaan peribadi berbudi melalui kacamata kehidupan dan pemikiran Buya Hamka.
Sejak pulang dari Kembara Menjejak Buya Hamka anjuran Komuniti Jejak Tarbiah di Sumatera Barat. Saudara Muhammad Shah Ahmad Nor konsisten menulis status ibrah pendidikan yang berinspirasi dari kisah Buya Hamka.
Beliau merupakan seorang eksekutif di Petronas yang juga aktif terlibat dalam aktiviti pendidikan dengan membangun tadika & sekolah rendah Islam di Seremban. Beliau menulis dalam perjalanan ke tempat kerjanya ketika menaiki komuter dan bas dari Seremban ke KLCC. Saban minggu beliau kongsikan penulisan tersebut dalam group WhatsApp Kembara Hamka. Penulisannya bersifat santai, namun tetap ilmiah dengan bersandarkan rujukan yang baik.
Penulisan ini bertepatan dengan idea utama Komuniti Jejak Tarbiah iaitu memasyarakatkan ilmu seterusnya mendekatkan tokoh dan pemikiran mereka kepada umum. Justeru perbahasan buku ini sesuai untuk bacaan umum sebagai inspirasi untuk membangun peribadi berbudi tidak sekadar kepada pendidik seperti guru, bahkan juga untuk ibu bapa, dan generasi anak muda.