Pengubat Duka Penawar Sengsara | Dr. MAZA
Gelora hidup menghempas tanpa henti Ñ Dr. Maza menyingkap rahmat tersembunyi di sebalik setiap derita.
Apabila insan terjatuh ke dalam suatu ujian hidup seperti kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, kita akan bertanya, apakah penawarnya?
Gelora hidup adakalanya amat menakutkan. Ia memukul kita dari sudut yang diduga dan tidak dijangka. Jika bergantung kepada kekuatan diri semata-mata, kita akan terkorban dan tidak berdaya.
Dalam kerancuan kehidupan dunia yang fatamorgana ini, Pengubat Duka Penawar Sengsara menuntun pembaca mengenal erti ketenangan dan kebahagiaan yang abadi. Penulis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, menyingkap tabir kesengsaraan yang menyembunyikan rahmat Ilahi untuk hamba-Nya.