Kerana Cinta Aku Derhaka | Syed Azharul Asriq
Jejak sejarah Kesultanan Johor yang memukau Ñ kembara jiwa mencari jati diri bangsa Melayu yang perkasa.
Segala runtuhan kota dan pasir Sungai Kota Tinggi menjadi saksi bisu bahawa Kesultanan Johor pernah pernah berdiri megah di sini. Ketika William Shakespeare ralit berkarya di London, di negeri inilah Bendahara Tun Seri Lanang giat mengarang Sulalatus Salatin.
Patah tumbuh hilang berganti. Empayar Johor mula menguasai Selat Melaka. Johor Lama menjadi pusat utama perdagangan dunia, menggantikan Kota Melaka. Berkali-kali juga Kerajaan Johor diserang oleh pelbagai bentuk kuasa kerajaan lain. Namun, serangan demi serangan itu tidak pernah menggoyahkan kerajaan berdaulat ini. Walaupun Sultan Johor sudah ditawan berkali-kali, istana kerap diruntuhkan dan ibu negeri punah diranapkan.
Kerana Cinta Aku Derhaka merupakan nukilan kembara jejak sejarah Melayu dan himpunan pengalaman Syed Azharul Asriq di Kota Tinggi dalam menelusuri peri makna jati diri bangsa Melayu. Beliau turut berkongsi tentang hikmah serta peringatan yang harus dicontohi buat masyarakat Melayu kini.