Troli
-10%

Denai Cinta – Nik Nur Madihah

RM29.00 RM26.10

49 in stock

Kita sudah lama hilang arah, tercari-cari inspirasi dari kocek sendiri. Memerhati insan lain dengan kekaguman yang tinggi demi mencedok semangat dan pedoman menuju Ilahi. Sedangkan petunjuk itu sudah terbentang untuk dipelajari.

Denai Cinta ialah perjalanan ke lubuk hati yang paling dalam. Demi menapis sesetengah emosi yang membuat hidup hilang kendali.

Lalu sirah muncul menyelamatkan; memerikan kisah empat orang wanita teladan untuk mengeluarkan insan daripada kusut kemelut. Justeru, cinta harus difahami dengan panduan yang benar dan sejati. Kita memerlukan model cinta yang boleh diteladani dan diikuti dalam kehidupan ini.

Menerusi karya ini, Nik Nur Madihah membawa kita menelusuri hikmah dan teladan melalui kisah empat orang wanita mulia dalam setiap aspek hayat mereka: Sayyidah Fatimah r.a., Sayyidah Khadijah r.a., Sayyidah Maryam r.a. dan Sayyidah Asiyah r.a..

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.