fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Continue Shopping
TROLI

Turki, Aku Jatuh Cinta (Bahagian 2)

4. Hagia Sophia

Buat mana-mana budak jurusan arkitek dan belajar sejarah seni bina mesti pernah belajar mengenai Hagia Sophia. Walaupun Hagia Sophia asalnya adalah gereja dan dibina lebih kurang pada 1500 tahun yang lalu, tapi disebabkan pembinaannya adalah sangat agung ketika itu sehinggakan Mimar Sinan arkitek agung Turki Uthmaniyyah terinspirasi untuk membina masjid dengan berdasarkan pada pengaruh Hagia Sophia.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam Hagia Sophia rasa macam nak menangis. Siling kubahnya yang melangit, dihiasi dengan mozek-mozek bercarak, dan sebahagian yang bersalut emas. Lantai dan dinding daripada batu marmar. Hiasan tiang yang diukir dengan teliti mengikut corak daun. Di antara bekas lukisan mozek Kristian, terpampang plag bulatan besar digantung di setiap penjuru tertulis kalimah Allah, Muhammad, nama 4 Khulafa’ Ar-rashidin, Hassan dan Husin.

There were so many mixed feelings. I was awed, amazed, dazzled, mesmerized and in total admiration.

Hagia Sophia adalah saksi pembenaran hadis nabi “Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

Dan di satu tiang salah satu pintu masuk Hagia Sophia, terlekat satu plag lama yang tertulis hadis ini di dalam bahasa Arab. Kalau dulu, setakat mendengar dan baca hadis ni, takdalah perasaan sangat. Sebab kau tak boleh bayang, tapi bila nampak sendiri bukti depan mata, akan ada satu perasaan sebak menusuk ke dalam hati. Lalu berbisik kepada diri sendiri; sejarah ini benar-benar pernah terjadi.

5. Badiuzzaman Said An-nursi

Ikut trip Jejak Tarbiah ni, rupanya jejak sekali tokoh Badiuzzaman Said An-Nursi. Pertama sekali dengar nama ni adalah ketika zaman uni dulu, itupun masa tamrin dan dah lupa. Biografi dan cerita beliau, kau boleh senang sahaja google sendiri. Kami dibawa menelusuri Barla, tempat buangan Said An-Nursi.

Dengan keindahan alam di Barla, tercetus idea untuk beliau mengarang Risalah-An-nur. Wujudkah di dalam dunia ini manusia yang tidak suka akan keindahan alam? Mengapa dengan melihat alam kita menjadi tenang? Pernah tak kau bila patah hati lepas tu terasa hendak membawa diri pergi mana-mana yang hijau mata memandang?

“Sebab alam itu sentiasa bertasbih kepada Tuhan,” suatu ketika dahulu kawan aku pernah menjawab.

Aku hairan kenapa karangan ini tak berapa terkenal sangat di Malaysia. Padahal selepas aku baca sedikit Risalah An-nur; Buah dari Pohon Cahaya, tulisannya sangat relevan dengan zaman sekarang. Yang mana orang lebih memandang pada sains berbanding agama. Risalah An-nur menggunakan sains membenarkan ayat Quran dengan bahasanya yang sangat lunak dan cantik. Kalau kau kenal Mustafa Kamal Attaturk sebagai perintis sekularism di Turki, kau patut kenal juga siapa yang berjuang anti-sekular; Badiuzzaman Said Nursi.

Rak buku di rumah buangan Badiuzzaman Said Nursi

6. Jaluluddin Ar-Rumi.

Konya adalah kota cinta. Di mana Jalaluddin Ar-Rumi, ahli sufi yang masyur pernah bertapak dan makamnya terletak di sini. Yang ini mesti kau pernah selalu dengar nama Rumi. Quote-quote cinta yang kau google tu dan jadi caption post kau tu, inilah dia. Lagi sekali, nak tahu lanjut pasal Rumi, kau boleh cari sendiri. Rugi betul kau tak kenal siapa dia.

Ada satu kali tu, Khidir, (guide) bertanya kami ketika berada di dalam makam Sultan Ibrahim berdekatan Hagia Sofia;

“Do you want to live 1000 year?”

Semua senyap.

“Do you want to live 200 years?” masih bertanya. Soalan yang tak pernah terfikir langsung.

“Nooo…” beberapa orang menjawab tidak.

“Yes. I also don’t want to live until hundred years. I am looking forward to my death. The day I die is my wedding day with my God, Allah,”

Kucing di Hagia Sophia

Meremang bila dengar dia cerita ni. Aku selalu saja terbaca hari kematian adalah hari pertemuan kita dengan Tuhan. Tapi bila kau dengar sendiri ada orang cakap macam ni penuh dengan yakin dan gembira, terus kau cemburu dan tanya balik diri sendiri. Mampu tak aku nak cakap macam tu dengan penuh yakin dan berharap?

Dan sesungguhnya orang yang bijak itu sentiasa mengingati mati.

Benda ni berkait rapat dengan Rumi . Sebagaimana ulang tahun tarikh kematian Rumi disambut secara besar-besaran di Konya kerana dianggap sebagai ulang tahun hari perkahwinannya dengan Tuhan.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.